-->

Al Fatihah. Mael XPDC Meninggal Dunia. Rakan Seperjuangan Beritahu Punca Pemergian Beliau

Petaling Jaya – Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi Khamis, 27 April.

Khabar d.uka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp.

Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.

Pada masa sama, berita itu juga dikongsi menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus kumpulan terbabit, Bro Yazid.

Punca Diberitahu

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim Mael telah menghembuskan nafas terakhir di H.ospital Muar pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Bro Yazid memberitahu, Mael diketahui mengalami masalah semput yang berpunca dripada p.enyakit asma k.ronik.

Pihak media sedang cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan pemergiannya.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke h.ospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.

Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit.

Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu, Timur Barat, Kita PenY Yu, Br.rutal serta beberapa album kompilasi.

Kredit : Astro/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar