-->

(Video) 'Amir Jahari, saya mohon maaf.. saya akan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza' - MP Masjid Tanah mohon maaf, tapi netizen tak puas hati sebab...



Penyanyi Amir Jahari pada petang Jumaat meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin untuk memadamkan video pihaknya bersolidariti untuk Muhyiddin Yassin kerana menggunakan lagunya tanpa keizinan.

Amir Jahari juga menegaskan beliau tidak dapat menghalang sekiranya ahli politik itu tetap berdegil menggunakan lagu tersebut dan 'pandai-pandailah' menjawab apabila dalam kubur kelak.

Kenyataan Amir Jahari itu dilihat mengundang rasa kurang senang ahli politik berkenaan yang kemudian tampil memohon maaf. Dalam masa sama turut mempertikaikan tindakan Amir itu.

"Amir Jahari Music, saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik," katanya.

Jelas Mas, video itu sebnarnya dimuat naik oleh remaja lelaki berusia 19 tahun yang gemar mendengar lagu soundtrack filem Imaginur.

Yang buat semua muat naik semua ini bukan saya, tetapi anak muda usia 19 tahun, lelaki kerana dia menghargai muzik, segar. Malah, Imaginur adalah filem yang sangat baik. Lakonan mantap dan idea baik.

"Sebab itu apabila dia menyatakan minta turunkan lagu kerana tidak mahu ada politik dan dia nak saman saya sebab copyright, saya jadi macam garu kepala.

"Saya tanya mana kamu dapat lagu ini? Dia cakap dari YouTube. Habis tu kalau dapat daripada YouTube, takkan tak nak bagi orang dengar, lagi orang dengar lagi bagus," katanya yang berpendapat sedemikian.

Mas Ermieyati turut berpesan kepada Amir Jahari untuk meletakkan tanda amaran pada karyanya agar tiada sesiapa yang menggunakan lagunya untuk tujuan politik.

"Satu saja pesan saya untuk anak muda seperti Amir Jahari. Teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu itu, tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya.

"Letak, 'Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik'. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu.

"Saya percaya pada industri kreatif di Malaysia, betapa potensi besar di Malaysia untuk kita dapat pendapatan baik melalui usaha anak tempatan yang kreatif sebagaimana Amir Jahari.

"Baru berusia 30 tahun, namun anak muda ini (Amir) mungkin takut, saya tak tahu. Sebab saya ini ahli parlimen pembangkang, orang malu. Kau tak faham tak ini semua?

"Orang yang takut dengan kita sebab kita pembangkang. Kamu berjuang untuk rakyat tetapi mereka malu dengan kita. Dosakah saya menghargai muzik?" ujarnya.

View this post on Instagram

Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik Mas Ermieyati yang dikatakan tidak memahami isu yang dibangkitkan oleh Amir Jahari berkenaan hakcipta.

"Lihatlah betapa bongkaknya ahli politik ini. Dia berasa superior sebab dia tahu pilihan raya nanti akan ada penyokong taksub yang tetap mengundi dia," kata influencer Jalal Misai.

"Boleh je minta maaf dan move on atau minta maaf dan saya akan minta izin owner lagu kalau nak buat video lagi. Ini siap perli-perli bagai, tak nampak cerdik langsung," kata Ahmiqb.

"Mutu penulisan lirik kotemporari lagu Hasrat Amir Jahari berkualiti tinggi dan tidak sepatutnya martabat karya muzik direndahkan untuk tindakan pathetic membela perasuah. Siti juga pasti tidak mahu karya muzik dipolitikkan selain digunakan untuk maksud patriotik kepada negara," kata Redz.

Netizen turut berkongsi kenyataan Siti Nurhaliza pada Februari 2020 yang meminta mana-mana pihak menghormati hak cipta, karya insan seni.

Sumber: Astro Awani, Twitter
LihatTutupKomentar