-->

Suami keluar khuruj selama tiga hari, Betty Rahmad pilih untuk tidak call, mesej suami



Kehidupan artis atau selebriti seringkali menjadi perhatian netizen apatah lagi apabila selebriti tersebut sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik.

Adik kepada pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima iaitu Betty Rahmad juga sering menjadi bualan netizen lebih-lebih lagi cara didikan Betty terhadap anaknya, Wira.
 
View this post on Instagram

Bukan itu sahaja, hantaran beberapa hari lepas di media sosial perkongsian mengenai suaminya yang keluar khuruj juga dipuji netizen.

“Segala puji bagi Allah SWT. Alhamdulilah Allah izinkan dan jemput suamiku untuk keluar tiga hari lagi untuk malam tadi,” katanya.

Betty membuat keputusan untuk tidak menghubungi suaminya kecuali ada perkara penting yang perlu disampaikan.

“Kali ni saya buat deal tak perlu mesej or call unless ada perkara penting saja. Good night, good morning, tengah buat apa tu kita lupakan 3 hari ni supaya kamu dapat focus, insya-Allah,” tulisnya.

View this post on Instagram

Di ruangan komen, netizen mendoakan agar pasangan ini istiqomah dalam menuju kebaikan.

“Keluarga Betty keluarga contoh buat semua. Baik dari segi didikan anak, amal ibadah dan kerjaya,” kata Angahfida 80.

“Contoh keluarga yang sama-sama menuju kebaikan dari permulaan yang kosong. Salute dan inspirasi buat saya,” kata Naufalmnr.

“Alhamduliah menuju keluarga Sakinah,mawaddah, warohmah. Moga Betty dan suami terus istiqomah,” kata Norzaihasra.

Sumber: Betty Rahmad
LihatTutupKomentar