-->

Suami cemburu kelar leher isteri kerana bercakap dengan lelaki lain melalui phone, sambil berbogel separuh badan



Seorang lelaki di Thailand nekad membunuh isterinya dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di wilayah Krabi, semalam. 


Suspek mengaku dia telah mengelar leher mangsa yang ketika itu separuh bogel sambil bercakap dengan lelaki lain melalui telefon, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.


Bagaimanapun, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek, Prachuap Nuanchan, 58, di ladang udang di daerah Ranot, Songkhla. Prachuap mengaku membunuh isterinya, Rattanakul, 58, di kediaman mereka di daerah Khlong Tom, Krabi.


Menurut Prachuap, pada hari kejadian dia pulang ke rumah selesai habis waktu bekerja dan mendapati isterinya sedang berbaring separuh bogel sambil bercakap dengan lelaki lain melalui telefon. Berang dengan perbuatan Rattanakul, Prachuap terus mengambil parang dan mengelar lehernya sehingga mati. 


Suspek kemudian memberitahu polis bahawa, bukti di sebalik dakwaannya itu boleh dikesan melalui log panggilan telefon bimbit mangsa, bagi 'menghalalkan' jenayah yang dilakukannya.


Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin sejak 20 tahun lalu dan dia membesarkan anak tirinya sejak berusia dua tahun hingga dewasa.


Prachuap dan Rattanakul sebelum ini sama-sama bekerja menyara keluarga. Namun baru-baru ini, Rattanakul mengambil keputusan untuk bersara dan berehat di rumah.


Prachuap mendakwa, Rattanakul pernah bercakap buruk mengenai ibu bapanya, malah mengugut dia menggunakan pisau.


Walaupun pada awalnya dia melarikan diri selepas membunuh mangsa, namun Prachuap mengaku dia sememangnya ada merancang untuk menyerah diri kepada polis agar dia dapat kembali melihat wajah isterinya buat kali terakhir dan meminta maaf di atas perbuatannya.


Prachuap kini berdepan dengan pertuduhan membunuh dengan niat. 


Sumber: Thaiger



LihatTutupKomentar