-->

'Terima kasih doakan abang dik' - Ali Puteh tak melenting digelar babi, siap ajak netizen tingkatkan amal ibadah bersama-sama



Pelawak Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan hari ini berkongsi ucapan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-34 menerusi hantaran di Instastory. 


"Alhamdulillah, hari ini meningkat lagi usia ini. Selamat hari jadi Ali, 30 Mac 2023."




Ali sebelum ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen berikutan pengakuannya yang mengatakan dia tidak mampu membayar saman RM60,000 selepas tewas dalam perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh balu arwah Abam, Siti Nor Hidayah. 


Biar apa pun penjelasan yang dibuat oleh Ali, ramai yang masih tidak dapat menerimanya dan tidak kurang juga yang melemparkan kenyataan 'pedas' tanpa bertapis terhadap Ali di media. 


Terbaru, Ali berkongsi gambar tangkap layar seorang individu bernama Mohd Jagat yang mengelarnya sebagai babi. 


"Babi ini tak sesuai ada dalam masyarakat kita. Sepatutnya dihumban ke penjara. Harap dia tak dapat bayar duit RM60,000 tu. Semoga si sial laknatullah ini akan sengsara di dunia dan akhirat. Amin," tulisnya. 




Tidak melenting dengan kata-kata itu, Ali berkata, di bulan yang mulia ini sepatutnya sama-sama meningkatkan amal ibadah. Dalam masa sama, Ali menjelaskan pembayaran RM60,000 itu juga hampir selesai. 


"Bulan puasa bulan yang baik, mari sama-sama kita tingkat ibadah kita semua. Alhamdulillah dah nak selesai pun bayaran. Terima kasih doakan abang dik," katanya. 


Sumber: Instagram Ali Puteh




LihatTutupKomentar