-->

Sekumpulan lelaki musibat belasah pemandu treler tanpa usul periksa kini sedang diburu polis



Beberapa lelaki yang terbabit dalam kes pukul pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian murid perempuan berusia 9 tahun di Kampung Telok Gong semalam, berada dalam senarai dikehendaki polis. 


Baca: 'Kawan aku kena bantai, aku nak sangat jumpa budak pakai kasut kuning ni' - Pemandu treler dipukul orang awam kerana disangka jadi punca kematian murid di Telok Gong


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa berusia 36 tahun yang dipukul sekumpulan lelaki tidak bertanggungjawab itu sehingga mengalami kecederaan, telah tampil membuat laporan polis. 


"Selepas kemalangan berlaku, sekumpulan lelaki berkumpul di lokasi kejadian dan memukul mangsa dan memecahkan cermin hadapan treler.


"Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah," katanya. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh sehingga mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda. 


Baca: 'Sampai pecah muka suami aku korang kerjakan, korang akan terima balasan!' - Isteri driver treler kesal orang awam serang suaminya tanpa usul periksa


Polis kini sedang giat mengesan dan memburu suspek-suspek yang terbabit dalam kejadian itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro

LihatTutupKomentar