-->

Pelajar IPT maut 'terjatuh' dari tingkat 6 selepas bertemu dengan kekasihnya jam 2 pagi



Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) Melaka dilaporkan maut selepas terjatuh dari kediaman teman wanitanya dalam kejadian awal pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 20 tahun itu datang ke rumah teman wanitanya, 20, di tingkat enam, Blok C, pangsapuri 18 tingkat berkenaan di Bukit Beruang, kira-kira jam 2 pagi. 


Polis percaya mangsa datang selepas teman wanitanya tidak membalas mesej yang dihantar. Mereka kemudian bertemu di koridor dan mangsa meminta maaf kerana telah membuatkan buah hatinya itu cemburu dan wanita itu memaafkannya. 


Tetapi semasa kekasihnya mahu masuk ke dalam rumah, tiba-tiba lelaki itu memanjat tembok koridor. Wanita itu menyangka mangsa hanya sekadar bergurau tetapi terkejut apabila melihat dia berpaut pada tembok dengan kedua-dua kakinya berada di luar 


Dia cuba menyelamatkan mangsa tetapi hanya mampu mencapai sebahagian tangannya disebabkan tembok tinggi dan mangsa terjatuh ke tingkat bawah. Wanita itu segera menghubungi rakan sebiliknya untuk meminta bantan. 


Berdasarkan siasatan pihak forensik, polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dan khianat dalam kes itu. Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


Sumber: Harian Metro

LihatTutupKomentar