-->

'Berhenti sebar kebencian terhadap pelarian Rohingya' - Presiden Hak Asasi Etnik Rohingya di Malaysia

Presiden MERHOM, Zafar Ahmad Abdul Ghani gesa aktiviti xenophobia atau kebencian terhadap pelarian Rohingya di Malaysia, dihentikan


Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHOM), Zafar Ahmad Abdul Ghani, menggesa rakyat di negara ini berhenti menyebarkan kempen kebencian (xenophobia) terhadap perlarian Rohingya di Malaysia. 


Ini kerana pihaknya telah menerima banyak laporan jenayah kebencian daripada mangsa pelarian Rohingya termasuk kes langgar lari dan serangan fizikal. 


Menurut Zafar, aktiviti kempen kebencian itu berpunca daripada dakwaan terhadap dirinya sekitar dua tahun lalu yang melibatkan kenyataannya yang mencetuskan kemarahan orang ramai. 


"Ini menghalang mereka daripada pergi bekerja, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga," katanya. 


RAMAI RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PELARIAN ROHINGYA


Difahamkan, pada April 2020, tular di media sosial yang mendakwa Zafar telah menuntut hak kewarganegaraan Malaysia untuk pelarian Rohingya sehingga menyebabkan ramai rakyat di negara ini tidak berpuas hati dan ada yang bertindak memberi ugutan bunuh terhadap Zafar dan keluarga. 


"Kami faham terdapat beberapa isu yang mengakibatkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia berkaitan pelarian Rohingya. 


"Kami berharap kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), pertubuhan masyarakat sivil dan wakil Rohingya akan duduk bersama untuk menangani isu-isu ini secara kolektif tanpa berlengah demi kepentingan semua pihak. 


Dalam pada itu, Zafar berharap negara-negara lain tampil membantu membela nasib etnik Rohingya yang merupakan etnik paling teraniaya di dunia, diselamatkan dari kekejaman serta pembunuhan beramai-ramai di Myanmar. 


Sumber: Sinar Harian


LihatTutupKomentar