-->

Puteri sarah dah berdamai? Akhirnya Ibu syamsul dedah pendamaian Bersyarat?



Kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sememangnya menjadi perbualan ramai lebih-lebih lagi setelah sesi perbincangan yang berlangsung semalam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal.

Susulan daripada itu, ibu kepada Syamsul telah membuat kenyataan dengan berharap supaya menantunya berdamai selepas pelakon tersebut menyatakan keengganannya semalam.

Berdamai tapi bersyarat. Namun begitu, Datin Patimah Ismail mengatakan pendamaian tersebut harus bersyarat dan Puteri Sarah berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Assalam, jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya. Tetap menantu dunia akhirat.

Dalam pada itu, Datin Patimah juga menitipkan pesan buat Puteri Sarah dengan mengatakan yang dia dan suami, Datuk Yusof Haslam, sangat memahami penderitaan yang ditanggung pelakon itu. Dia juga menegaskan yang Puteri Sarah adalah menantunya dunia dan akhirat.



“Puteri Sarah Liyana, mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak membuat keputusan sendiri. Harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah. mama tetap doakan kebahagian Sarah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat,” ujar ibu kepada Syamsul.

Dalam pada itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Megat Kamaruddin turut berkongsi posting terbaru di Instagramnya dengan mengucapkan syukur diatas rasa kesedihan dan kekecewaan disebabkan manusia. Ia membuatkannya berasa lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Terdahulu, proses perbincangan yang berlangsung di Jawi tidak berjaya. Mereka juga tidak bersemuka dan hanya melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Menurut Puteri Sarah, dia hanya mahu dilepaskan dan meminta segera diceraikan kerana sudah penat dengan apa yang berlaku.

Sedangkan Syamsul masih lagi ingin berbaik dan sempat mengatakan mahu berbincang berkenaan giliran hari bermalam memandangkan kini dia sudah mempunyai dua orang isteri.

Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai. “Saya masih dengan keputusan untuk bercerai dan tidak mahu berdamai. Cukup-cukuplah saya sudah penat. Lepaskan saya saja,” katanya.

Menerusi sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, Puteri Sarah yang diwakili adiknya, Dr Puteri Sofea nekad dengan keputusan untuk bercerai dengan Syamsul dan menyerahkan perkara itu pada sesi sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 April ini.

“Saya memilih untuk tidak berjumpa dan sebilik dengan Syamsul, hari ini. Jadi, saya dan adik hanya berjumpa dengan pegawai yang dilantik dan menceritakan segala-galanya mengenai konflik rumah tangga kami serta bukti.


“Bagi saya, pegawai Jawi perlu tahu apa yang berlaku supaya ada jalan penyelesaian atau sebaliknya. Saya tegaskan kepada pegawai berkenaan saya memang tidak mahu bersama kerana sudah penat dengan masalah yang ditanggung selama beberapa tahun ini.

“Selepas ini kami akan bertemu di mahkamah untuk hakim mendengar keputusan yang gagal dicapai pada sesi JKP ini. Saya harap saya cepat-cepat ‘dilepaskan’ dan sekiranya dia enggan menceraikan proses seterusnya adalah melantik hakam bagi permohonan perceraian ini,” katanya.

Walaupun suaminya masih memberi harapan rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan, namun Puteri Sarah menegaskan, dia enggan kembali ke pangkuan Syamsul.

“Tidak. Saya tak nak berbaik atau kembali ke pengakuannya. Saya hanya mahu bercerai. Malah, sepanjang prosiding perceraian ini, dia memang tidak bertemu saya atau anak-anak.

Sumber : oh my media

LihatTutupKomentar