-->

Polis buru anak bilionair yang didakwa gigit kemaluan wanita ketika lakukan hubungan intim



Polis di Nonthaburi, Thailand memanggil seorang anak kepada jutawan di Chiang Mai (pemilik hotel) untuk diambil keterangan selepas pihaknya menerima laporan polis dari seorang wanita yang mendakwa lelaki itu telah menyerang dan menggigitnya semasa melakukan hubungan intim, serta memaksanya memindahkan wang ke akaun bank lelaki itu.

Kelmarin, mangsa berusia 28 tahun datang ke Balai Polis Rattanathibet dengan kesan lebam di seluruh badan untuk membuat laporan terhadap suspek, Khittiphot, 22.

Mangsa mengakui dia mengenali Khittiphot melalui aplikasi sosial pada 1 Mac sebelum mengadakan pertemuan selepas lima hari berkenalan.

Mangsa berkata, Khittiphot telah memukulnya semasa mereka melakukan hubungan intim yang meninggalkan kesan di seluruh badan. Malah, kemaluannya turut digigit oleh Khittiphot sehingga mengalami luka dan lebam.

"Dia juga mengugut saya untuk memindahkan wang ribuan baht ke akaun bank dia," kata mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis, Thanamet Wichitjariya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa yang mengatakan dia telah diserang, lalu sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi.

Tiba di kondominium tersebut, mereka mendapati pasangan itu sedang bertengkar dan terus cuba meleraikan mereka. Mangsa kemudian meminta bantuan polis untuk menghalau Khittiphot keluar dari kediamannya.

Menurut mangsa, dia telah diugut oleh Khittiphot sejak dari hari pertama mereka bertemu. Namun dia tidak dapat melarikan diri kerana percaya dengan kata-kata lelaki itu kononnya dia kebal dan polis tidak boleh menyentuhnya.

Polis kini sedang cuba menghubungi suspek untuk datang ke balai. Namun tidak berjaya dan polsi terpaksa mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek untuk disoal siasat.

Sumber: The Thaigers

LihatTutupKomentar