-->

Pendakwah Syed Mohd diugut bunuh oleh individu yang dipercayai kipas susah mati Blackpink



Januari lalu, pendakwah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak Benyahya, menyeru orang ramai membantah penganjuran konsert Blackpink yang akan diadakan pada 4 Mac 2023. Ini kerana konsert tersebut didakwanya mengarut dan mengalakkan maksiat.

"Saya menyeru semua umatt Islam sama-sama membantah dan menentang penganjuran konsert mengarut ini. Sekat mereka daripada hadir. Cukuplah maksiat bermaharajalela, berleluas, berlaku.

"Cara pemakaian, cara hidup dan cara berhibur semakin lama semakin melampau," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Pada hari konsert, Syed Mohd. turut memanjatkan doa agar ujian banjir dialihkan ke stadium lokasi konsert Blackpink diadakan.

"Bala bencana hadir silih berganti, namun manusia masih lagi seronok menabur maksiat di mana-mana sahaja. Tak terdaya nak halang. Hanya berdoa agar banjir dialihkan Allah ke Stadium Nasional Bukit Jalil, biar mereka berkonsert dalam banjir," katanya.

Tiga hari selepas konsert itu berjaya dianjurkan tanpa sebarang masalah, Syed Mohd diserang oleh kipas susah mati kumpulan itu. Namun, 'serangan' itu tidak mengentarkannya dan sempat membalas bahawa dia bersama dengan pejuang yang menentang aktiviti hiburan seperti itu akan mentertawakan mereka kembali di akhirat kelak.

"Bergelak ketawalah sepuas-puas kalian. Kelak kami juga mampu ketawa seperti kalian. Di sana (akhirat)," katanya susulan menerima banyak 'direct message' (DM) yang didakwa mengejak dan melemparkan kata-kata caci maki terhadapnya.

Pendakwah itu turut mendedahkan dia menerima mesej ugutan bunuh dari peminat fanatik Blackpink. Lebih teruk lagi, individu yang sama turut mendoakan anak-anaknya dijangkiti virus. Namun, Syed Mohd tidak membuat laporan polis kerana percaya individu itu hanya menggunakan akaun palsu untuk mengertaknya.

"Ini kali pertama dapat ugutan begini. Sebelum ini orang kecam dan hentam itu dah biasalah. Dia DM saya, kemudian dipadam mesej itu. Tetapi saya sempat screenshot.

"Saya syak ini kerja budak-budak yang taksub sangat dan terlalu mengikut emosi," katanya.

Insiden itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berdakwah. Malahan, dia akan terus membuat teguran mengenai perkara yang sememangnya patut ditegur. Dalam masa sama, Syed Mohd. berharap ibu bapa turut memainkan peranan untuk menasihat anak masing-masing agar tidak terlalu mengikut hati dan perasaan.

Konsert Blackpink yang diadakan pada Sabtu lalu berjaya meraih kehadiran 62,000 peminatnya. Konsert tersebut diadakan bersempena konsert jelajah dunia mereka, Born Pink.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

LihatTutupKomentar