-->

'Kita berada di bulan Ramadan tapi Aliff Syukri tergedik-gedik tak hormati Ramadan' - Pendakwah bebas



"Tak sesuai," itu kata pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang turut berasa kesal dengan tindakan ahli perniagaan Aliff Syukri yang mencemarkan kesucian bulan Ramadan dengan memuat naik video muzik (MV) raya terbarunya semalam. 


Menurut Syed, aksi terkinja-kinja Aliff bersama penari latarnya yang kesemua mereka berpakaian ketat amatlah tidak sesuai. 


"Kepada Aliff Syukri, kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keabdian kita kepada Allah SWT. Justeru saya rasa dengan video klip Datuk Seri yang tergedik-gedik, penari latar di belakang itu sangat tidak sesuailah. 


"Ini kerana kita nak sambut Aidilfitri nanti adalah bertujuan untuk menyambut kemenangan melawan hawa nafsu, bukan sebab kita ikut hawa nafsu. Tetapi kita sambut kemenangan dengan takbir, tahmid, tahlil kepada Allah SWT. 


"Walaupun ada orang kata tak sedap, tetapi saya rasa sedaplah, ada bakat dan keyakinan penuh dalam diri anda. tapi dengan gaya penyampaian, nyanyian dan tarian terbabit sangat tidak sesuai. 


"Ubahlah, tak payah menari pun tak apa. Menyanyi begitu pun cukuplah," katanya. 


Aliff terdahulu dikecam oleh netizen kerana tidak serik menimbulkan kontroversi walaupun sebelum ini sudah pernah berdepan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan video klip lagu rayanya tahun lalu yang dikatakan bertentangan dengan norma dan budaya tempatan. 


Sumber: Harian Metro



LihatTutupKomentar