-->

Kantoi hamil anak lelaki lain, wanita ini dakwa kemaluannya dimasuki 'benih lelaki lain' semasa mandi di kolam renang awam



Bukannya bertaubat selepas disah hamil hasil dari perbuatan curang, malah wanita ini menyalah air kolam renang sebagai punca dia hamil anak lelaki lain. 


Seorang doktor forensik di Shanghai, China, memaklumkan kepada keluarga bahawa dia telah disahkan hamil bayi lelaki. Namun kegembiraan itu mulai pudar apabila si suami menyedari bayi yang dijaga dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil itu dilihat tidak begitu menyerupainya.


Bukan hanya si suami, malah jiran-jiran lain turut berkongsi pendapat yang sama. Hal ini membuatkan lelaki itu bertambah curiga jika isterinya benar-benar curang dengan lelaki lain. 


Tidak berpuas hati dengan perkara itu, dia kemudian mengambil keputusan untuk membuat ujian DNA. Setelah mendapat keputusannya, lelaki itu terkejut dia dan anak kecil itu tidak mempunyai pertalian darah.


Isterinya memberi alasan bahawa dia berkemungkinan hamil selepas kemaluannya dimasuki sperma lelaki lain semasa sedang mandi di kolam renang awam.


"Saya selalu pergi berenang dan mungkin kerana air kolamnya kurang bersih," katanya. 


Tetapi tiada sesiapa yang menyangka, lelaki itu percaya dengan alasan tersebut. Sedangkan menurut fakta, sperma lelaki tidak akan bertahan lama apabila terkena air kolam renang. 


Sumber: Agensi

LihatTutupKomentar