-->

Farid tak dibenarkan masuk ke rumah & bertemu dengan anak-anaknya sejak awal Mac



Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan, Farid Kamil tidak dibenarkan memasuki kediamannya sejak awal Mac, sekali gus tidak dapat bertemu dengan dua anaknya. Namun, Akberdin tidak mendedahkan mengapa Farid dihalang daripada berbuat demikian. 


Akberdin yang mewakili pelakon Diana Danielle berkata, pihaknya telah diarahkan melalui proses Jawatankuasa Pendama (JKP) selepas Farid tidak mahu melafazkan cerai terhadap isterinya. 


Sekiranya JKP tidak menemui sebarang jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, mahkamah syariah akan melantik hakam yang akan memberi kata putus untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan berkenan. 


Menurut laporan Harian Metro, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan alasan tiada lagi persefahamannya dengan Farid dan berlaku perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. 


Hakim Shukran menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut. 


Sumber: Harian Metro

LihatTutupKomentar