-->

'Kami profesional, akan terus sokong & hormat Syamsul Yusof sebagai pengarah' - Sharnaaz takkan tarik diri dari filem Original Gangster



Baru-baru ini pengarah Syamsul Yusof mendedahkan punca sebenar pelakon Aaron Aziz digugurkan dari filem Original Gangster adalah disebabkan masalah kesihatan. 


Dalam sidang media khas beberapa hari lalu, Syamsul turut memetik nama beberapa pelakon lain seperti Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad yang mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan keupayaan Aaron disebabkan keadaan dirinya itu. 


Namun, dalam kenyataan balas Aaron semalam tetap konsisten dengan dakwaannya sebelum ini di mana dia telah 'dibuang' seperti sampah apabila tidak diperlukan. Malah, Aaron mengakui apa yang didedahkannya itu adalah benar dan bersumpah di depan kitab Al-Quran.


Susulan daripada pendedahan itu, netizen menggesa Sharnaaz dan Beto menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Syamsul. 



Bagaimanapun, Sharnaaz tidak bersetuju dengan gesaan tidak masuk akal itu kerana apa yang berlaku di antara Syamsul dan Aaron adalah hal peribadi. Sebagai pelakon, dia perlu bersikap profesional. Apatah lagi di bulan Ramadan ini sepatutnya berbuat baik, bukannya bergaduh. 


"Hormatilah bulan Ramadan. Tak perlu bergaduh-gaduh. Setan pun off day, jadi siapa yang setan sebenarnya?


"Nope, we are profesional. We don't bail out unfinished business. Personal is personal. As a director, you have my full support and respect Syamsul, without a doubt. 


"Yang tahu je tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda. Take note," katanya menerusi hantaran di Instastory. 



Menggulas mengenai tindakan netizen yang mahu memboikot filem Original Gangster, Sharnaaz berpendapat perbuatan itu tidak adil kerana dia bersama barisan pelakon, kru dan lain-lain sudah berhempas pulas mencurahkan bakat dan tenaga untuk menjayakan filem tersebut. 


"Untuk menjayakan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak hati dan lelah telah dicurahkan. Ada anak dan isteri dan awek yang ditinggalkan, bekerja dalam bahaya, buat stunt yang berbahaya. 


"Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah yang terbaik Malaysia pernah cipta. Bukan gangster yang cuba diangkat tetapi kualiti dari gambar, lighting dan aksi-aksi yang besar dan di luar skala biasa filem tempatan. 


"Jika Malaysia tidak mampu menghargai karya dan penat lelah setiap kru, pelakon, director hanya disebabkan mulut satu dua orang yang ingin menghancurkan usaha dan pengorbanan kami, itu sangat tidak adil. 



"Ramai lagi mulut dalam team Original Gangster yang perlu disuap, anak-anak mereka. Jangan disebabkan amarah anda, dibunuh periuk nasi orang-orang di belakang tabir ini," katanya. 


Dalam pada itu, Sharnaaz juga meminta netizen berfikir dengan wajar dan tidak cepat percaya dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. 


"Tak semua yang keluar daripada mulut orang marah itu benar. Tak semua yang keluar dari mulut orang yang diam itu salah. 


"Wartawan dan netizen, anda sudah bijak dari case case study sebelum ini. Janganlah cepat percaya dengan apa yang 'dihidangkan'. Walaupun nampak seperti sambal belacan, test test rupanya budu(h)," katanya. 






Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

LihatTutupKomentar