-->

Dkwa netlzen suami dis0ndol? Iuah rasa diri Tk dihargai, Ini Reaksi Datin Paduka Eina Azman



Siapa sahaja yang tidak mengenali Datin Paduka Eina Azman? Di samping menjadi figura isteri dan ibu penyayang dalam keluarganya, pelakon drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’ ini juga sering berkongsi video tips masakan di media sosialnya dengan gaya perwatakan yang sangat ceria sekali gus menjadi ikutan ramai.

Tak pernah sedih…tiba-tiba DP Eina Azman muat naik video sedang menangis di bantal. Akan tetapi, rata-rata peminat terkejut apabila melihat status terbaharu beliau di ruangan IG Story miliknya yang dimuat naik sejak malam tadi.

Tanpa menyertakan sebarang kapsyen, Datin Paduka Eina Azman bagaimanapun dilihat sedang mengalirkan air matanya pada bantal. la sekali gus mengundang rasa bimbang, kerana sebelum ini selebriti tersebut dia jarang berkongsi kisah pilu tanpa sebab apalagi menangis teresak seperti itu.

Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda…buat mereka hargai ketiadaan anda. Selain video tangisan itu, Datin Paduka Eina Azman turut memuat naik status berupa ayat yang mempunyai maksud mendalam dalam Bahasa Inggeris.



“Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, buatlah mereka hargai ketiadaan anda.” Susulan itu, is mencetuskan spekulasi sama ada ayat berkenaan ditujukan kepada sebarang pihak ataupun sekadar untuk mengingatkan dirinya sahaja.

Please, janganlah ada isu disondol lagi…apa pun masalah, semoga yang baik-baik saja buat Eina Azman &husband. Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengikut setia Eina Azman menganggap ayat ditulis itu mengandungi maksud yang tersirat di sebaliknya.

Mereka malah bimbang, seandainya rumah tangganya bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh diuji kehadiran pihak ketiga.



Rentetan itu, ramai yang mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia.

Sumber : klsahdunla
LihatTutupKomentar