-->

'Jangan cakap kes sama juga?' - Eina Azman upload video dirinya menangis, buat netizen berasa bimbang



"Don't tell me it's because kes penyondolan," demikian kata netizen susulan pelakon Eina Azman memuat naik video menunjukkan dirinya menangis di aplikasi TikTok.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik sembilan jam lalu berserta dengan lagu latar Paloma - Only love can hurt like this, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai yang tertanya-tanya apakah rumah tangga Eina dilanda masalah.

@einaazman13

💔💔💔

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) - Paloma Faith

Sedangkan umum mengetahui Eina Azman kerap berkongsi video detik bahagia rumah tangganya di media sosial, selain daripada video masakan.

Eina Azman juga sempat memuat naik kenyataan ringkas di Instastory, "Jika ada seseorang tidak menghargai kehadiran awak, buat mereka menghargai kehilangan awak".


Di ruangan komen, netizen seperti biasa membuat spekulasi sendiri. Ada yang mendakwa Eina mungkin nampak terpaling bahagia di luaran, tetapi dalam hati menyimpan seribu satu luka.

Tidak kurang juga yang berpendapat video itu mungkin hanya sekadar gimik untuk pelancaran produk baru.

Di sebalik spekulasi itu semua, majoriti mendoakan rumah tangga Eina dan keluarganya baik-baik sahaja.

Sumber: TikTok Eina Azman
LihatTutupKomentar