-->

‘Kita tunjuklah sebagai tuan rumah yang bagus’ – Pak Nil dipuji kawal situasi dengan pelancong China

Kunjungan pelancong ke negara kita dapat meningkatkan lagi ekonomi dalam negara. Pelbagai gelagat dan reaksi pelancong dapat dilihat ketika mereka berkunjung ke sini. Paling jelas dapat dilihat gelagat mereka apabila berada didalam pengangkutan awam.

Pengalaman berdepan dengan gelagat pelancong turut dikongsikan oleh selebriti Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil.

@datukaznilnawawi

Pilihan di tangan anda. Nak keruhkan keadaan atau sebaliknya. Kejadian berlaku dalam ETS @KTMB baru2 ni ketika perjalanan Paknil ke Buttetworth.

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Ketika menaiki ETS menuju ke Butterworth, Pak Nil telah bertembung dengan pelancong dari negara China. Gelagat mereka yang ‘riuh-rendah’ ketika bersembang sesama mereka menarik perhatian Pak Nil.

Pak Nil cuba mendekati mereka dan berkomunikasi dengan mereka menggunakan Bahasa Melayu. Apa yang menarik, pelancong berkenaan membalas dengan baik menggunakan aplikasi terjemahan di telefon bimbit.

“Diorang kan pelancong, jadi kita kena tunjuklah sebagai tuan rumah yang bagus. Tak boleh lawan dia, kita join lah dia.

“Kita jangan cakap omputih kita cakap melayu je, kita cuba jadi itik ayam nak? Buat kawan, sebab dia datang negara kita, bawak duit, kita perkenalkan Bahasa melayu kita,” katanya.

Gelagat Pak Nil dan pelacong berkenaan mencuit hati pengguna ETS yang lain.

Sementara itu diruangan komen pula netizen memuji sikap Pak Nil yang dapat mengawal emosi dan situasi dengan baik.

Sumber: Datuk Aznil Nawawi

The post ‘Kita tunjuklah sebagai tuan rumah yang bagus’ – Pak Nil dipuji kawal situasi dengan pelancong China appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar