-->

‘Sejadah mini rupanya’

Pengurusan AEON Big (M) Sdn Bhd tampil menjelaskan, 11 ‘alas kaki’ yang dirampas oleh pihak berkuasa baru-baru ini adalah sejadah mini untuk kegunaan umat Islam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada malam Sabtu, AEON BiG menjelaskan timbul salah faham apabila sejadah itu dilabelkan secara tidak tepat sebagai alas pintu.

Menurut AEON BiG, sejadah mini itu dibekalkan oleh A&R Fashion Collection yang merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100% Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.

A&R adalah pembekal AEON BiG sejak 2014 dan A&R sendiri mengesahkan produk berkenaan adalah sejadah mini di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

“Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON Big untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan. Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusa baranagan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai ‘Sejadah’ telah pun dicerminkan,” katanya.

Justeru, AEON BiG dan A&R berharap penjelasan itu dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan spekulasi mengenainya turut dihentikan serta-merta.

AEON BiG dan A&R memberi jaminan akan memberi kerjasama yang baik kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan mana-mana pihak berkuasa untuk menangani masalah tersebut.

The post ‘Sejadah mini rupanya’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar