-->

KPWKM hentikan bantuan elaun RM450 kepada pengemis kantoi miliki Proton X70 Premium

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil tindakan tegas dengan memberhentikan bantuan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima yang didapati melakukan aktiviti mengemis.

Penerima tersebut yang cacat pada kedua-dua tangannya, didapati mampu memiliki sebuah kereta SUV, Proton X70 Premium.

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat menjelaskan, elaun sebanyak RM450 telah dihentikan bermula bulan ini.

Siasatan lanjut juga mendapati lelaki itu bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan. Dan sekali gus membuatkan dia tidak layak menerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebelum ini media melaporkan, lelaki berkenaan memperoleh pendapatan hingga RM500 dalam tempoh lima jam, hasil kutipan sumbangan orang ramai di pasar malam. Perbuatan itu berjaya dibongkar oleh JKM Maran pada Februari lalu.

Sumber: Bernama

The post KPWKM hentikan bantuan elaun RM450 kepada pengemis kantoi miliki Proton X70 Premium appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar