-->

‘Yang menggalakkan zina juga dia jemput’ – Podcaster jemput Hot Daddy dikecam netizen

“I dont know what level of stupidity dah ni. Serius lah jemput Daddy ni? Punya ramai contoh yang better. Yang menggalakkan zina juga dia jemput,” demikian kata pengguna aplikasi X berhubung tindakan podcaster tempatan menjemput individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan di media sosial.

Umum mengetahui Hot Daddy bersama dengan beberapa rakan wanitanya didakwa di mahkamah atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti persundalan di media sosial. Bagaimanapun lima daripada mereka mengaku tidak bersalah.

‘Podcast Malaysia sampah’ – Netizen

Individu yang terbabit dengan kes jenayah atau mahkamah, kebiasaannya tidak akan menonjolkan diri. Namun berbeza dengan hari ini, mereka dengan selambanya membuat live di media sosial.

Lebih teruk lagi, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjemput individu seperti ini untuk ditemubual, dengan alasan kononnya mahu memberi ‘pengajaran’.

Tindakan pihak berkenaan mengundang kecaman netizen yang seterusnya melabelkan mereka sebagai podcaster sampah. Maka dengan itu sudah tiba masanya pihak Kementerian Komunikasi bertindak mengekang podcaster tempatan daripada terus merosakkan minda masyarakat dengan content yang tidak membawa faedah kepada masyarakat di negara ini.

Lindungi generasi muda

“Aku dah kata, podcast Malaysia sampah. Sekarang terbukti mereka angkut sampah-sampah yang morally compromised as their guest. Jijik,” kata LaPoca.

“Mereka ini tidak sepatutnya diangkat sebagai pempengaruh. Mereka akan mendorong orang muda Melayu melakukan perkara yang merosakkan akhlak dan moral,” kata Budak KL.

“Aku dah nampak yang dia ni akan jadi influencer. Stupid people always go famous in Malaysia. It doesn’t surprise me anymore,” kata Periwinkle.

“It’s about time our country introduce legislation law on public podcasts. These podcasts serve vague purpose and it shouldn’t be a sanctuary where the wrongdoers find comfort of commonality. We have to protect and educate the innocent, vulnerable and ignorant especially young generation,” kata Kimchi.

‘Podcast diorang best’ – Netizen

Walaupun begitu, ada segelintir netizen yang masih berprasangka baik terhadap podcaster berkenaan.

“Actually best podcast diorang. Sebab tak semua orang akan share benda-benda begini. Tapi ambil yang jernih, buang yang keruh. Ini pasal jantan ni tengah kontroversi, jadi memang orang tak sukalah. But I’ll watch it,” kata Caca.

Semalam The Reporter melaporkan ramai pengguna TikTok khususnya golongan wanita yang ‘meraikan’ Hot Daddy yang bersiaran secara langsung di aplikasi TikTok. Malah ada yang mendoakan, ‘Stay stronger’ dengan pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Sumber: X

The post ‘Yang menggalakkan zina juga dia jemput’ – Podcaster jemput Hot Daddy dikecam netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar