-->

‘Hot Daddy lagi jijik, memalukan Islam!’ – Muhammad Sajjad

Pempengaruh Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, menyifatkan apa yang dilakukan oleh Hot Daddy itu jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukannya sebelum ini.

Bagi Sajjad, perbuatan Hot Daddy itu bukan sahaja menjijikkan, malah memalukan Islam dan tidak hairanlah Malaysia ditimpa bencana yang tidak berkesudahan.

“Kalau aku jijik, jijik lagi yang straight bagai. Kalau pondan berani, berani lagi yang gender straight buat bukan-bukan, memalukan Islam!

“Ini baru memalukan Islam, bertudung bagai lapan wanita hentam satu jantan Hot Daddy! Patutlah macam-macam bencana berlaku kat Malaysia tu! Laknatullah!

“Putar balik ayat yang dulu bagi kat aku, sekarang korang makan balik dan hadap balik ayat tu,” katanya.

Walaupun begitu, ada netizen menegur tiada beza dengan perbuatan yang Muhammad Sajjad lakukan sebelum ini.

Enggan menerima teguran itu, Muhammad Sajjad berkata, “Sekarang ini terima sajalah geng-geng korang yang makin berleluasa dan makin menjadi-jadi perbuatan terkutuk kat sana buat dosa panas!

“Semua orang pendosa, termasuk aku. Tapi aku ini dosa dengan diri aku yang mengubah ciptaan aku. Dosa korang s#x rambang.

“Korang ikut adat mana buat s#x rambang tu? Itu yang ada kat Malaysia sekarang tu. Hadaplah.

“Jijik, jijik, jijik! Kau tengoklah nanti, sebab itu Malaysia takkan aman. Sebab orang-orang macam korang berselinudng dengan munafik. Tengok apa jadi, geng-geng korang buat bala. Hadap,” katanya.

The post ‘Hot Daddy lagi jijik, memalukan Islam!’ – Muhammad Sajjad appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar