-->

‘Diorang jemput saya untuk lepak, main game’ – Hot Daddy kesal difitnah netizen

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam memaklumkan, siasatan pihaknya tidak menemui video podcast yang memaparkan temubual Bros Gang TV dengan Hot Daddy, lelaki yang didakwa terbabit dalam aktiviti perkhidmatan persundalan di aplikasi X.

Bros Gang sebelum itu juga menafikan dakwaan netizen kononnya mereka mempromosikan zina, selepas tular gambar perjumpaan mereka dengan Hot Daddy di media sosial.

Terkesan dengan dakwaan tersebut, Hot Daddy atau nama sebenar Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, yang juga bapa kepada tiga anak, tampil memberi pejelasan.

Jangan memfitnah

“Saya nak jelaskan sikit pasal gambar saya dengan Bros Gang tu. Saya nak jelaskan yang kitorang memang tak ada buat sebarang video ataupun podcast, interview orang, whatever seperti yang dikatakan. Itu hanya sekadar gambar sahaja.

“Saya dengan Bros Gang memang kawan. Diorang menjemput saya untuk lepak dan main game. So janganlah awak-awak semua nak memberi andaian atau memfitnah.. benda yang tanpa kesahihan ya. Bila benda yang tanpa bukti dan kesahihan, itu dah jatuh fitnah. Betul tak? Kan.

“Janganlah disebabkan gambar itu, korang simply nak cakap, “Oh dia ni promote zina. Bros Gang menyokong zina dan sebagainya.

“Saya rasa gambar itu tak ada pun berunsurkan zina. Tak ada pula kitorang bergambar dengan perempuan ke, tak ada pula kitorang bergambar dengan pakaian tak senonoh ke,” katanya.

Nak suruh duduk dalam hutan?

Dalam pada itu, Hasli Ikhwan Ariff juga tidak memahami mengapa netizen berterusan mengecamnya. Sedangkan dia juga perlu meneruskan kehidupan seperti orang lain.

“Saya tak fahamlah. Ada yang kata saya ni macam tak tahu malu je kan, elok je buat live di TikTok.

“Eh? Dah tu kau nak aku buat apa? Kau nak suruh aku apa? Sakit otak? Sakit jiwa? Duduk dalam hutan, mereput?” ujarnya.

The post ‘Diorang jemput saya untuk lepak, main game’ – Hot Daddy kesal difitnah netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar