-->

YouTuber Cardock kongsi anggaran kos jelajah Borneo RM36K, tapi netizen pula yang panas

YouTuber Cardock atau Kaduk, semalam berkongsi mengenai perancangannya untuk melakukan siri jelajah Borneo 2.0 dari Sarawak ke Sabah dalam tempoh 30 hari. Namun, rancangan itu memerlukan kos perbelanjaan yang besar, termasuk kos penginapan, makanan, petrol, wang saku, tiket penerbangan, dan juga kos penghantaran dan penyediaan keretanya, Lotus Elise.

Menurut Cardock, anggaran jumlah bajet yang diperlukan adalah sebanyak RM36,000. Walaupun bajet ini mungkin kelihatan besar, Cardock menjelaskan angka itu adalah anggaran kasar.

Kos jelajah RM36,000

Tambahnya, dia sedang mencari penaja untuk membantu menampung sebahagian daripada kos tersebut.

  1. Penghantaran kereta ke Sarawak, pergi balik menggunakan kontena = RM10,000
  2. Penginapan sehari, RM150 x 30 hari = RM4,500
  3. Makan minum sehari, RM100 x 30 hari = RM3,000
  4. Minyak petrol harian, RM100 x 30 hari = RM3000
  5. Duit belanja anak dan isteri / barang dapur sebulan, RM3,000
  6. Tiket kapal terbang, setiap kali lalu daerah yang ada airpot, untuk melawat anak isteri RM500 x 5 = RM2,500
  7. Kos persediaan Lotus Elise, RM10,000

“Jumlah kasar RM36,000. Ini adalah rancangan kewangan secara kasar. Nampak macam mengarut, angan-angannya macam inilah.

“Sesiapa berminat menjadi penaja untuk jelajah kali ini, boleh WhatsApp saya. Tak dapat taja semua, taja sikit-sikit pun boleh. Kita boleh bincang bentuk kerjasama timbal balik yang bersesuaian. Insyaallah kali ini kita akan buat live tanpa ada masalah.

“Ada penaja atau tiada penaja, Insha-Allah (jelajah Borneo 2.0) tetap jalan. Cuma cepat atau lambat. Sebarang bentuk tajaan Insha-Allah boleh membantu mempercepatkan dan digantikan dengan program kerjasama yang bersesuaian,” katanya.

Netizen nasihatkan Cardock naik bas

Bagaimanapun, ada netizen merasa bahawa bajet yang ditetapkan oleh Cardock adalah tidak munasabah dan mencadangkan alternatif yang lebih berhemat seperti menggunakan bas atau basikal untuk menjelajah Borneo. Ada juga yang mempersoalkan keperluan Cardock untuk mencari penajaan, sedangkan dia mampu memiliki kereta mewah seperti Lotus Elise.

“Naik bas Cardock, lagi jimat. Baru ada feeling menjelajah,” kata Jr Tom Nading.

“Ada orang naik basikal saja untuk menjelajah borneo. Tak ada nak meminta-minta macam ni,” kata Shahril Ramli.

“Aku tiap-tiap hari jelajah Sarawak naik Perodua Axia, tak ada pun minta orang sponsor. Kau mampu beli kereta mewah, tak patut nak minta orang sponsor?” kata Qhrystanyizasten KC.

Bukan minta sedekah

Menyedari reaksi negatif ini, Cardock tampil memberi penjelasan bahawa dia hanya sekadar berkongsi jumlah kos yang diperlukan untuk merealisasikan jelajah tersebut, bukannya meminta sedekah.

“Aku beritahu tentang kos yang aku perlu sediakan kalau nak jelajah guna kereta Lotus Elise. Agak besar (amaun). Jadi kalau ada pihak yang nak taja untuk timbal balik mempromosikan perniagaan penaja, Alhamdulillah dapat mengurangkan kos yang aku kena sediakan.

“Tetapi kalau tak ada orang nak taja, tak apa. Tetap itu juga kos yang aku kena sediakan.

“Aku cuma kongsi kos sahaja, tak minta pun sedekah. Kalau kau orang nak sedekah, pergi sedekah kepada golongan yang memerlukan. Saya tak perlukan sedekah daripada anda. Saya cuma cari penaja untuk bekerjasama bagi mengurangkan kos perancangan saya,” katanya.

Sumber: Facebook

The post YouTuber Cardock kongsi anggaran kos jelajah Borneo RM36K, tapi netizen pula yang panas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar