-->

‘Yang gelak tu ingat kelakar ke?’ – Netizen terkejut budak aju soalan sensitif pada UAI, undang gelak ketawa para hadirin

Sebuah video yang menampilkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang hukum suami isteri berselimut dalam keadaan bogel telah menjadi viral di media sosial.

Soalan tersebut, walaupun tidak sesuai dengan usia kanak-kanak berkenaan, UAI tetap tenang tanpa ketawa dan menjawabnya dengan baik.

“Alhamdulillah. Budak kecil, datang bertanya tentang soalan agama. Kalau mereka sudah berkahwin, Allah halalkan. Terima kasih” jawabnya ringkas dan segera beralih ke soalan lain.

Namun, reaksi orang ramai yang tertawa terhadap soalan tersebut telah menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen. Mereka merasa bahawa soalan itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia seolah-olah mencerminkan kurangnya pengawasan ibu bapa yang menyebabkan mereka ternampak perkara yang tidak sepatutnya.

“Sepatutnya kita kena bimbang bagaimana kanak-kanak boleh terfikir untuk bertanya soalan seperti itu. Dia kanak-kanak, bukannya orang dewasa. Soalan itu jauh sangat dari umur dan peringkat kematangan dia.

“Dia tanya mungkin sebab nak tahu dan mungkin pernah ternampak, lalu bertanya tentang hukumnya dari sudut agama. Nampak tak reaksi wajah budak itu bila dia tanya dan ramai yang gelakkan dia? Dia malu.

“Kita sepatutnya bimbang dengan situasi seperti ini. Budak itu tak semestinya hanya bertanya pada UAI sahaja. Mesti dia berborak dengan kawan-kawan dia.

“Persoalan yang lebih penting, dia tahu dari mana? Tengok dari mana? Parent di rumah tak jaga aurat ke? Tidur tak tutup pintu? Benda-benda kecil seperti inilah yang kita kena peka,” kata netizen.

The post ‘Yang gelak tu ingat kelakar ke?’ – Netizen terkejut budak aju soalan sensitif pada UAI, undang gelak ketawa para hadirin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar