-->

‘Tergamak korang buat pasangan pengantin macam ni’ – Abang pengantin dedah videographer tak datang ke majlis, alasan terlupa

Majlis perkahwinan adalah detik ketika ikatan cinta di antara dua individu bersatu. Ia juga merupakan momen yang penuh dengan kenangan indah. Dan bagi memastikan momen kebahagiaan ini tidak dilupakan, kebanyakan pengantin memilih untuk menggunakan khidmat photographer atau videograper untuk merakam momen yang akan menjadi kenangan itu.

Namun, adakalanya perancangan yang dilakukan itu tidak menyebelahi pengantin. Seperti yang berlaku pada pasangan ini, videographer tidak hadir ke majlis perkahwinan.

Videographer tak datang ke majlis

Menurut abang pengantin lelaki, Todd Amir Fitri, videographer berkenaan sepatutnya hadir pada majlis perkahwinan adiknya pada Sabtu, 20 Januari. Malangnya kelibat videographer itu langsung tidak kelihatan.

“Apa cerita videographer awak tak datang semasa majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung pada 20 Januari 2024 (Sabtu) kelmarin?

“Selepas habis majlis, saya bertanya kepada pengantin, “Photographer ada, tapi tak ambil videographer ke?”. Kemudian baru dapat tahu, adik maklumkan videographer bagi alasan terlupa dan tidak datang ke majlis.

“What? Why? Kalau keracunan makanan ke atau kemalangan sehingga menyebabkan patah kaki ke, masih boleh lagi diterima alasannya dan anggap tiada rezeki. Tetapi alasan terlupa? Seriously?”

Pasangan pengantin kena scam?

Tambahnya, pasangan pengantin telah mengeluarkan kos yang besar untuk mengabadikan momen tersebut. Malangnya momen-momen itu langsung tidak dirakam. Sedangkan majlis itu hanya dibuat sekali seumur hidup.

“Betapa cekal dan kuatnya hati pasangan pengantin menghadap masalah ini sepanjang majlis berlangsung. Kekal senyum, ketawa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi dalam hati remuk dan kecewa. Kau orang menganiaya mereka sampai macam ni pada hari bahagia mereka.

“Moment potong kek, perarakan pengantin, ucapan mak ayah pengantin, moment nenda saya salam restu pengantin di pentas semuanya tidak dirakam. Adik saya siap ambil pakej persembahan lampu LED, dengan pelaminnya yang cantik, semua itu menelan kos ribuan ringgit dan sengaja diambil untuk diabadikan dalam video detik terindah mereka. Adik saya sendiri buat persembahan menyanyi.

“Tetapi malangnya detik-detik itu yang sepatutnya dirakam dengan elok oleh videographer awak yang kononnya profesional tetapi tiada! Pasangan pengantin habiskan beribu ringgit untuk hari bahagia, kau orang scam mereka macam itu sahaja?

“Ini bukan event birthday yang disambut setiap tahun, juga bukan majlis merisik kecil-kecilan. Ini majlis perkahwinan, majlis adik saya berkahwin. Kami hanya buat majlis ini sekali sahaja bersama pihak pengantin lelaki dan perempuan. Tiada resepsi lain, hanya satu majlis seumur hidup untuk meraikan pasangan pengantin yang kami kasihi.”

Keluarga pengantin tuntut penyelesaian

Todd turut mempersoalkan sistem dan prosedur kerja syarikat tersebut yang menurutnya tidak memantau keberadaan kakitangannya sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini itu berlaku.

“Syarikat ini memang tak ada sistem atau backup apabila berdepan dengan masalah videographer yang tiada sivik seperti ini? Memang tak ambil tahu tentang keberadaan staff atau sub yang ditugaskan? Takkan client pula yang kena pantau mereka? Tahu-tahu job done, payment release kepada photographer / videographer. Macam itu sahaja? Memang tunggu job done saja ke?”

Tegas Todd, ini bukan soal duit RM1,600 yang telah dibayar, tetapi lebih kepada rasa kesal sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku pada majlis perkahwinan adiknya.

Sehingga kini, videographer terbabit dikatakan masih belum tampil memohon maaf. Tod dan keluarganya menuntut penyelesaian daripada syarikat berkenaan.

“Ini adalah penganiayaan terhadap adik saya. Jadi, nak selesaikan macam mana? Awak nak kutip video-video dari tetamu yang rekod menggunakan handphone masing-masing ke? Duit boleh dicari, tetapi bukan duit refund RM1,600 yang dikisahkan. Memori dan moment penting itu yang lebih bernilai.

“Untuk makluman, videographer yang kau orang sub itu, sampai sekarang satu mesej mohon maaf pun tak ada.

“Jadi saya nak tanya apa solusinya? Tiada dendam, kami hanya menuntut penyelesaian. Damage has been done, now fix it!”

Sumber: Facebook

The post ‘Tergamak korang buat pasangan pengantin macam ni’ – Abang pengantin dedah videographer tak datang ke majlis, alasan terlupa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar