-->

‘Mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya’ – Founder Bawal Exclusive

Haliza Maysuri, pengasas tudung jenama terkemuka Bawal Exclusive, tampil menafikan dakwaan riak yang dilemparkan kepadanya oleh netizen di media sosial.

Haliza, yang telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama 25 tahun, mengatakan dia sudah biasa dengan kecaman dan kritikan sedemikian.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Haliza memakai tudung berharga RM1,200 dan kasut mewah bernilai RM5,290, mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Namun, Haliza menegaskan bahawa mereka yang mengkritik bukanlah pelanggan sasarannya.

“Mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya, jadi anggap saja mereka tak tahu. Sebab pelanggan setia dan tetap memang sudah tahu harga tudung saya,” kata Haliza.

Haliza juga menjelaskan bahawa, walaupun ada tudung yang berharga ratusan ribu, ada juga yang lebih murah.

“Kalau hendak dibandingkan harga ratusan ribu, memanglah yang harga ribuan ringgit murah bagi saya. Malah, ada yang lebih murah harga ratusan ringgit juga. Jadi, salahkah saya bercakap sedemikian?” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sementara itu, netizen memberi peringatan kepada usahawan itu agar bersederhana dalam apa jua perbuatannya kerana bimbang perbuatannya itu dianggap sebagai riak yang akan membinasakan kebaikan yang dilakukannya selama ini.

“Sifat riak boleh membinasakan segala amal dan kebaikan yang dilakukan selama ini, serta merosakkan pahala amal soleh seseorang.

“Hidup di dunia hanya sementara sahaja. Semakin banyak yang kamu ada, akan semakin lambat pula perjalanan di sana. Setiap harta yang ada akan dibicarakan seadil-adilnya oleh Allah SWT,” kata netizen.

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

The post ‘Mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya’ – Founder Bawal Exclusive appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar