-->

Lelaki tergamak potong hidung & telinga bekas isteri

Seorang lelaki yang pernah disabitkan atas kesalahan merogol, telah dipenjarakan selama 20 tahun buat kali kedua kerana memotong hidung dan telinga bekas isterinya.

Mangsa, Asel Nogoibaeva, 37, telah diseksa oleh bekas suaminya selama beberapa jam, sementara anak mereka yang berusia 10 tahun terpaksa menyaksikan serangan ngeri itu.

Bekas suami mangsa, Azamat Estebesov, 39, juga diarahkan membayar pampasan sebanyak £17,600 (RM105,743) kepada Asel.

Menurut Asel, wajahnya kini kelihatan begitu hodoh sehingga dia ‘takut pada dirinya sendiri’ dan terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng.

“Tiada cermin di bilik ketika saya berada di hospital kerana saya tidak sepatutnya melihat diri saya sendiri,” katanya.

Asel pernah pengsan setelah pulang ke rumah dan secara tidak sengaja ternampak wajahnya di cermin. Sehingga ke tahap dia mengalami histeria dan tidak mahu sesiapa pun melihat kehodohannya.

Dia kini sedang mengumpul wang untuk melakukan pembedahan plastik di dalam atau luar negara.

Dalam kejadian ngeri itu, Azamat menyerang Asel yang ketika itu sedang menghantar anak mereka ke sekolah. Serangan itu menyebabkan Asel mengalami pendarahan yang serius.

“Dia menyerang wajahnya tanpa belas kasihan. Ketika Azamat ditangkap, dia sempat menjerit yang dia akan menikam Asel sekiranya dia membuat aduan polis.

Doktor terpaksa bertungkus lumus lebih kurang lapan jam untuk menyelamatkan nyawa Asel.

Difahamkan, Asel sebelum itu pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis kerana nyawanya dalam bahaya. Azamat ditahan, namun dibebaskan dua hari kemudian.

Di kesempatan itu, Azamat kembali mencari Asel dan menyerangnya dengan kejam.

The post Lelaki tergamak potong hidung & telinga bekas isteri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar