-->

Kereta baru Honda CRV keluarkan bunyi bising kuat, lelaki tuntut Honda ambil tindakan & tanggungjawab atas kereta bapanya

Baru sahaja berlalu isu hangat mengenai tuntutan seorang wanita terhadap isu kereta Perodua Bezza yang dihadapi.

Kali ini timbul pula kenyataan dari seorang lelaki yang mendakwa pihak Honda seperti melepaskan tanggungjawab.

Disember lalu, lelaki ini mengatakan bapanya membeli kereta Honda CRV di cawangan Peringgit. Baru sahaja keluar dari pusat berkenaan, bapanya mendengar bunyi bising yang kuat datang daripada kereta yang dipandu.

Bapanya menghantar semula ke pusat berkenaan bagi tujuan pemeriksaan. Namun didapati, mereka hanya menukar tombol dan kunci kereta dan kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama.

“Pada pemeriksaan kedua pula mereka pandu uji kereta tersebut dan mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu. Pengurus Cawangan Peringgit, Encik Lim juga mengesahkan ada bunyi tidak normal dan memaklumkan akan hantar kereta tersebut ke Pusat Servis Utama Honda Malaysia,” tulisnya.

Kes ditutup tanpa tindakan lanjut

Setelah dimaklumkan pihak Honda tidak mengetahui punca berkenaan, bapanya berhubung pula dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia. Namun katanya kes akan dirujuk kembali di Cawangan Peringgit. Namun, harapan tinggal harapan. Kes berkenaan dikatakan telah telah ditutup tanpa melakukan siasatan lebih terperinci.

“Rupanya mengikut laporan yang mereka buat, tidak langsung dinyatakan tentang bunyi pelik tersebut, sebaliknya mereka hanya nyatakan ada isu tayar sahaja.

“Alangkah terkejutnya ayah apabila mereka kata Puan Brenda telah menutup kes ini tanpa melakukan apa-apa siasatan lanjut,” katanya.

Susulan itu juga dia bertindak untuk menularkan isu ini agar segera diambil tindakan oleh pihak berkenaan.

Sumber: Ahmad Shah

The post Kereta baru Honda CRV keluarkan bunyi bising kuat, lelaki tuntut Honda ambil tindakan & tanggungjawab atas kereta bapanya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar