-->

‘Kerana gula, semut bersatu’ – Netizen puji penulisan Nagakanni yang tersusun, jelas & mudah difahami

Pada 2 Januari yang lalu, Nagakanni Subramaniam, telah menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kereta Perodua Bezza yang baru dibelinya. Menurutnya, kereta tersebut telah mengalami kerosakan hanya dalam tempoh lapan jam selepas pembelian.

Dalam kenyataan terbarunya, beliau memaklumkan bahawa pihak Perodua telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut. Langkah penyelesaian yang diambil adalah, Perodua membeli semula kereta Nagakanni dan menawarkan pembelian kereta baru yang sama kepada beliau.

Perkembangan kes ini telah mendapat perhatian ramai, terutamanya dari segi penggunaan Bahasa Melayu oleh Nagakanni yang dikatakan sangat teratur dan kemas. Banyak pujian telah diberikan oleh netizen terhadap penulisannya yang tidak banyak menggunakan bentuk pendek atau ‘short form’.

‘Real case study tentang rakyat’

Berikut adalah beberapa komen dari netizen:

Nora Jane Wahab: “Saya nak puji status empunya kereta #perodua bergula ni; penulisan Bahasa Melayu dia sangat jelas. Walaupun dia seorang kerani, dia guna perkataan tak ada ‘short form’. Paling penting, ianya ‘real case study’ tentang rakyat tak kira warna, bangsa, agama, bila bersatu, yang gergasi pun boleh undur balik.”

Endy Demong: “Sebagai warganegara Malaysia kita seharusnya patut dan pandai menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia. Bagi kami yang minoriti ini bukanlah satu masalah. Tahniah kerana telah membuka mata Perodua serta ianya kerana kita bersatu menolong menyelesaikan kegusaran saudari ini.”

‘Memudahkan pembaca OKU penglihatan’

Fairuz Rahman: “Ada pesan dari guru penulisan saya. Jika kita menulis secara penuh dengan ejaan yang tertib, ia sangat membantu kepada rakan-rakan pembaca yang OKU penglihatan.”

Muhamad Helmi: “Yang penting tak ada short form. Nak copy masuk dalam page ke, nak share kepada orang lain pun kalau paste sama seperti tuan asal tulis (short form) nampak macam kita pun tak belajar macam mana nak menulis dengan betul.”

Kak Muna: “Betul. Semalam saya membaca tulisan beliau dan itu perkara pertama saya perasan. Tentang bagusnya penulisan bahasa melayu beliau.”

Sumber: Facebook

The post ‘Kerana gula, semut bersatu’ – Netizen puji penulisan Nagakanni yang tersusun, jelas & mudah difahami appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar