-->

‘Buka IG news bodo ni F.L naik je’ – Reen Rahim luah rasa lemas, ramai netizen setuju dengannya

Kontroversi membabitkan pelakon Fatiya Latiff yang mengutuk Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim, sememangnya mengejutkan pengguna media sosial.

‘Serangan’ tanpa henti daripada Fatiya melalui akaun media sosialnya dengan kenyataan panas, selain memuat naik gambar throwback bersama bekas teman lelakinya itu, mengeruhkan lagi keadaan.

Walaupun begitu, pasangan berkenaan dilihat tidak berminat untuk melayani kontroversi murahan itu dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Ini kerana tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahirah dan Aiman sejak dari hari pertama kontroversi itu berlaku.

Di media sosial, ramai netizen yang mula meluat dengan isu tersebut. Termasuklah selebriti Reen Rahim yang turut meluahkan rasa ‘lemas’.

Sumber gambar: Instagram Reen Rahim

“Dah berapa hari buka Instagram, berita bodoh ni F.L naik je. Lemaslah aku tengok.

“Macam mana nak setting benda bodoh ni jangan naik kat wall aku eh? Tolong guys,” katanya menerusi hantaran di Instagram semalam.

Di ruangan komen, ramai pengikutnya menzahirkan perkara yang sama dan meminta Reen bersabar.

“Sama la kak, semak gila tengok. Tapi bersabarlah, nanti tak pasal-pasal kena cop bibik,” kata netizen.

Walaupun begitu ada yang berpendapat orang ramai sepatutnya merasa kasihan dengan Fatiya yang berkemungkinan sedang ‘sakit’.

“Kita sepatutnya kasihan kat F.L tu sebab dia mungkin tengah ‘sakit’ sis. Kita tak berada di tempat dia dan mungkin sekarang ujian Allah untuk dia.

Komen netizen di Instagram Reen Rahim

“Walaupun ada yang kata itu masalah dia sendiri cari, tapi kalau Allah tak jentik atau izinkan benda itu berlaku, siapa pun kita tak boleh menafikannya.

“Saya tak back up sesiapa cuma saya terpanggil untuk menegur secara halus. Cuba sis letakkan diri di tempat dia. Kita takkan tahu kan? Mungkin hari ini dia terpilih menerima ujian, boleh jadi esok lusa hari kita pula sis,” tambah netizen lain.

Sumber: Instagram Reen Rahim

The post ‘Buka IG news bodo ni F.L naik je’ – Reen Rahim luah rasa lemas, ramai netizen setuju dengannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar