-->

‘Buat muslimah yang bertudung, jangan buat trend 30-80 an di TikTok’

Sedang rancak di TikTok, ramai pengguna platform berkenaan membuat trend 30-80 an, di mana mereka mengubah gambar diri mereka ke gaya 80-an dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Tinjauan di media sosial mendapati, trend ini juga telah menular di kalangan muslimah yang bertudung. Secara tidak langsung perbuatan mereka itu telah menimbulkan persespi yang tidak sepatutnya kepada umum.

Pengguna TikTok, Eyka Ismail, menasihatkan golongan muslimah untuk tidak mengikuti trend tersebut kerana ia lebih sesuai untuk mereka yang tidak bertudung dan golongan lelaki.

“Buat muslimah yang bertudung, tolong jangan buat trend 30-80 an yang sedang rancak sekarang ni.

“Trend ini sesuai untuk yang free hair dan lelaki sahaja. Kalau awak dah elok bertudung, kenapa perlu dipost pula trend macam tu?

“Walaupun sekadar gambar AI, tapi tetap menampakkan wajah asal awak. Tegur tanda sayang tau.”

Ramai yang bersetuju dengan teguran itu. Seorang netizen berkata, “Akhirnya ada yang bersuara, terima kasih. Sebab tengok ramai yang buat trend 30-80 an tu. Free hair dan lelaki lebih sesuai.

“Gambar itu boleh jadikan aib kita walaupun orang tak tahu macam mana bentuk rambut kita.”

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

The post ‘Buat muslimah yang bertudung, jangan buat trend 30-80 an di TikTok’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar