-->

Arab Saudi bakal buka kedai arak pertama untuk diplomat

Setelah lebih 70 tahun, Arab Saudi mengumumkan akan membuka kedai alkohol pertama di negara itu yang akan dibuka kepada diplomat bukan Islam.

Bagaimanapun, menurut sumber kuota pembelian akan dikuatkuasakan di mana akses ke kedai akan dihadkan kepada mereka yang mendaftar melalui satu aplikasi.

Langkah berkenaan dilihat sebagai ketersediaan penjualan arak, yang akan membawa perubahan dari larangan nasional yang telah berlaku sejak tahun 1952.

Ia juga merupakan sebahagian daripada rancangan yang lebih luas dikenali sebagai Wawasan 2030 untuk membina ekonomi pasca minyak.

Kedai baru ini akan terletak di Kawasan Diplomatik Riyadh di sebelah barat pusat bandar. Dalam satu laporan, sumber menyatakan kedai itu dijangka dibuka dalam beberapa minggu akan datang.

Tidak diperluaskan

Tiada cadangan bahawa penjualan ini akan diperluaskan kepada warga asing lain, yang secara rasmi tidak mempunyai akses kepada arak. Alkohol hanya boleh didapati melalui surat diplomatik atau di pasaran gelap.

Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) mengatakan matlamat dasar baru ini adalah untuk menentang perdagangan arak haram dan produk yang diterima oleh misi diplomatik.

Situasi tersebut juga merujuk kepada pasaran tempatan yang tersembunyi yang berkembang pesat, di mana botol arak sering kali dijual dengan harga beratus-ratus dolar

Di bawah undang-undang Arab Saudi yang berlaku kini, hukuman bagi penggunaan atau pemilikan arak boleh termasuk denda, penjara, sebatan awam. Selain itu hukuman pengusiran bagi warga asing tanpa izin.

Sumber: The Guardian, BBC News

The post Arab Saudi bakal buka kedai arak pertama untuk diplomat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar