-->

SKMM minta orang ramai padam gambar, video tragedi babitkan pelajar tingkatan 5 SMK Jati

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi gambar atau kandungan berkaitan dengan kes kematian pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM menerusi laman Facebook rasminya berkata, orang ramai sepatutnya menghormati mangsa dan keluarga. Dalam masa yang sama menunjukkan empati yang tinggi.

“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa tidak hanya akan melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga melanggar prinsip dan etika asas.

“Setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan,” kata kenyataan itu.

SKMM menasihatkan orang ramai menurunkan hantaran atau memadamkan kandungan yang mengandungi gambar atau video berkaitan dengan kejadian tersebut. Selain itu, semua pihak juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Mana-mana individu atau pihak yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: SKMM

The post SKMM minta orang ramai padam gambar, video tragedi babitkan pelajar tingkatan 5 SMK Jati appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar