-->

‘Scene ini 100% menjijikkan! Stoplah bagi anak-anak tengok’ – Kartun Cocomelon cuba terapkan budaya songsang?

Cocomelon, sebuah siri animasi yang popular di kalangan kanak-kanak telah menjadi subjek perbincangan hangat di media sosial kerana didakwa menampilkan unsur LGBT.

Dalam satu episod, watak seorang kanak-kanak lelaki ditampilkan dengan memakai mahkota dan tutu skirt, menari seperti seorang perempuan. Selain, mengalakkannya untuk menjadi diri sendiri walaupun ia bercanggahan dengan fitrah jantina mereka.

Lebih teruk lagi, episod itu juga menampilkan dua lelaki songsang yang dipercayai bapa dan ayah kepada kanak-kanak itu turut mengalakkan perkara yang sama.

“Latih mereka ketika mereka masih muda. Fikir tentang semua perkara yang anda suka dan jadilah diri sendiri,” demikian lirik yang dinyanyikan dalam episod itu.

Cubaan menormalisasikan budaya songsang

Adegan itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan ibu bapa yang menganggapnya sebagai usaha untuk menormalisasikan budaya LGBT dalam norma kehidupan manusia.

“Scene ini 100% menjijikkan! Stoplah bagi anak-anak tengok.

“Allah dah letakkan fitrah yang baik dan sempurna, tapi mereka tetap juga berdegil nak melanggar hukum. Nak menormalisasikan juga benda yang jauh dari batas kehidupan manusia normal.

“Awal-awal juga nak suntik jarum untuk ajar benda tak betul ini pada anak-anak kecil kita,” kata Hanis Athirah Rusli dalam hantarannya di Facebook.

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memantau apa yang ditonton oleh anak-anak. Walaupn teknologi dan media sosial memainkan peranan penting dalam pendidikan dan hiburan anak-anak. Kita perlu memastikan apa yang ditonton adalah sesuai dan selamat untuk mereka.

Sumber: Facebook

The post ‘Scene ini 100% menjijikkan! Stoplah bagi anak-anak tengok’ – Kartun Cocomelon cuba terapkan budaya songsang? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar