-->

Remaja maut disambar petir, ketika sedang bermain handphone di dalam bilik

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun d Bandar Sakti, Lampung Tengah, Indonesia, dilaporkan meninggal dunia di biliknya selepas disambar petir pada petang Isnin, 27 November 2023.

Menurut keterangan penduduk setempat, mangsa yang dikenali sebagai Galez Catur Pratama, sebelum itu sedang khusyuk bermain telefon bimbit. Selain itu, televisyen di rumahnya juga sedang menyala.

Salah seorang jiran mangsa, Antonika, 40 mengakui terdengar bunyi seperti letupan yang menyebabkan bekalan elektrik di kediamannya terpadam.

Antonika tidak menyedari petir tersebut telah mengenai rumah jirannya. Dia hanya mengetahui mangsa disambar petir setelah mendapati ramai penduduk berkerumun di hadapan rumah mangsa.

“Semasa petir menyambar, di dalam rumah hanya ada dua orang iaitu mangsa dengan neneknya. Nenek dia selamat, namun Galez mengalami kecederaan parah.

“Nenek ada memberitahu sebelum kejadian itu berlaku, mangsa sedang bermain dengan telefon bimbitnya dalam bilik. Dalam masa sama, televisyen masih dihidupkan.

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati, bumbung rumah mangsa berlubang akibat dipanah petir yang tembus ke dalam bilik. Keadaan dalam bilik juga berselerak, tingkap pecah dan kacanya berterabur di lantai.

Selepas kejadian itu, mangsa sempat dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan. Namun, doktor yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Sumber: Tribun News

The post Remaja maut disambar petir, ketika sedang bermain handphone di dalam bilik appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar