-->

Polis sahkan mayat wanita tergantung di stesen LRT3 Klang merupakan warga tempatan

Misteri mayat tergantung di sebuah stesen Aliran Transit Ringan 3 (LRT3) yang telah menimbulkan kegusaran orang ramai terjawab apabila polis mengesahkan mayat tersebut merupakan wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mayat tersebut ditemukan lengkap bertudung oleh seorang pengawal keselamatan yang menghubungi talian kecemasan MERS 999.

Mayat wanita tersebut ditemukan ketika pekerja berusia 55 tahun itu yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan sebelum terjumpa sekujur tubuh dalam keadaan tergantung.

“Hasil siasatan mendapati semasa saksi yang merupakan pengawal keselamatan di stesen LRT3, membuat rondaan di kawasan tersebut terjumpa seorang perempuan di laluan pejalan kaki dalam keadaan gantung diri.

“Pihak ambulans sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kematian. Siasatan di tempat kejadian juga mendapati simati menggunakan kain tudung untuk mengikat lehernya dan di besi bumbung pejalan kaki untuk menggantung diri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Siasatan polis terhadap identiti wanita tersebut mendapati si mati merupakan seorang perempuan warga tempatan berumur 47 tahun dan seorang gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap.

Kata Hoong Fong lagi, penemuan mayat tersebut juga didapati tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan jenayah mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa adalah gelandangan yang tinggal stesen berkenaan. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Bedah siasat dijalankan di hospital itu dan pegawai perubatan forensik mengesahkan punca kematian disebabkan gantung diri dan tiada kecederaan lain,” jelasnya.

Sumber: Utusan

The post Polis sahkan mayat wanita tergantung di stesen LRT3 Klang merupakan warga tempatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar