-->

‘Kitorang dah pusing tempat ni tadi, kenapa tak jumpa?’ – Pengantin baru tertempah apartment menyeramkan

Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca.

Hi salam, aku berminat nak kongsi cerita yang pernah terjadi pada aku dan keluarga beberapa tahun lalu. Aku tak sure cerita aku ini seram atau tidak. Tapi aku share je lah.

Selepas aku berkahwin (Disember 2016), aku plan nak bawa keluarga mertua pergi ‘honeymoon’ sekali sebab diorang tak pernah bercuti. Aku yang setkan semua dan diorang just follow je.

Aku pula jenis suka book hotel melalui Agoda, mudah kan. Kitorang plan nak pergi Cameron Highland, then pergi ke Lost World of Tambun. Dah siap semua booking, tunggu hari nak pergi je.

Waze tunjuk dah ‘sampai’

Tinggal beberapa hari je nak pergi, tiba-tiba plan pula bertukar sebab nak anjak satu hari extra di Tambun. So aku tempah satu apartment yang murah ini untuk bermalam, sebelum gerak naik ke Tambun.

Masa book, aku tak tengok langsung jarak dari Tambun dekat ke jauh, aku main book je. Sekali dalam perjalanan pergi, husband aku cakap “Ini dah jauh ni dari Tambun”. Rupanya aku dah terbooking apartment dekat Taiping, dekat dengan Bukit Merah. Tak ada pilihan lain, so terpaksa on je.

Bila dah nak sampai ke apartment tu, 10 kali kitorang terpusing-pusing. Waze tunjuk kitorang dah sampai, tapi yang peliknya tak jumpa pula apartment tu. Sekali lagi kitorang pusing di kawasan tu. Eh? Tiba-tiba jumpa. Mak mertua kata, kitorang dah pusing tempat ini tadi, tapi kenapa tak nampak?

Kitorang sampai kat situ pada waktu maghrib. Aku terus masuk nak check in. Di luar, ada beberapa buah kereta di tempat letak kereta. Aku pun tak hiraukan sangat perasaan aku yang ketika itu dah lain macam.

Tingkat 7 gelap gelita

Masuk je bangunan tu, aku tengok dalamnya macam tempat yang dah kena tinggal. Cuma ada dua receptionist dan seorang manager. Masa check in, aku tengok sekeliling sunyi tak ada orang. Laluan ke kafe dan swimming pool pula tutup. Aku diam je lah tapi dah rasa lain macam bila tengok tempat itu tak ada orang.

Selesai check in, aku keluar nak ambil barang. Sebelum itu mak mertua sempat berpesan pada semua, baca ayat kursi dulu. Selesai baca, kitorang pun jalan naik lif.

Masa tengah naik lif, aku, mak mertua dan husband dah masuk dalam lif. Belum sempat dua adik ipar aku masuk, tiba-tiba pintu lif tertutup. Padahal husband dah tekan butang buka pintu lama-lama. Tertinggallah mereka berdua di bawah.

Yang aku pelik, kitorang dapat apartment tingkat tujuh. Sedangkan tempat ini macam tak ada penghuni pun. Sampai je tingkat tujuh, “Ting!” pintu terbuka. Punyalah berderau hati aku tengok tingkat itu gelap gelita. Tak ada satu lampu pun yang dinyalakan. Aku buka lampu handphone dan cari bilik dan sampai di bilik kitorang yang di hujung sekali.

Sebelum buka pintu, aku baca bismillah tiga kali seperti yang selalu diajar oleh mak aku. Buka je pintu, angin kuat terus keluar dari bilik. Aku masuk je, aircond dan lampu terus terpasang. Letaklah barang-barang dan teringat dua adik ipar yang tertinggal di bawah.

Husband kata nak turun ambil diorang berdua. Aku dan mak mertua apa lagi, ikutlah sekali. Tak berani nak tinggal berdua.

Semua pintu ‘disita’

Malam itu, kitorang tak jadi keluar. Ikutkan plan kitorang nak pergi makan. Last makan pun masa tengah hari tadi. Selepas je solat semua, mak mertua kata makan je apa yang ada. Kitorang rancang esok pagi terus check out.

Dengan TV yang tak ada siaran, malam itu semuanya senyap. Tak ada yang bergurau senda ke apa. Takut bila berada di tempat orang. Takut tersalah cakap nanti lain pula jadinya. Kitorang semua masuk ke bilik masing-masing dan terus tidur.

Alhamdulillah malam itu tidur dengan tenang tanpa gangguan. Bangun jam tujuh pagi dan terus bersiap. Kat luar dah terang, aku buka pintu beranda dan tengok ke bawah. Ada swimming pool terbiar dan airnya berwarna hijau, daun-daun kering bersepah. Aku cepat-cepat bersiap, jam 8 pagi kitorang semua keluar.

Masa nak berjalan ke lif, aku ternampak semua pintu macam dah kena sita. Kecuali pintu tempat kitorang tinggal. Sampai di bawah, cuba cari dua receptionist semalam tapi tak jumpa. Aku letak je kunci apartment di atas meja dan terus beredar.

Kelaur je, kitorang tengok sekeliling. Kosong.. kereta-kereta semalam semuanya dah tak ada.

Selepas itu aku baca balik review dekat apartment itu. Baru tahu yang tempat ini kali terakhir beroperasi pada tahun 2015. Ya Allah.. Alhamdulillah kitorang tak ada kena kacau.

Mahu kongsikan cerita, kisah atau pengalaman seram anda? Hantarkan kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

The post ‘Kitorang dah pusing tempat ni tadi, kenapa tak jumpa?’ – Pengantin baru tertempah apartment menyeramkan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar