-->

Kadar parkir tinggi di Exchange TRX cetuskan pelbagai reaksi di media sosial

Syurga membeli-belah baharu di Kuala Lumpur iaitu, Exchange TRX, dikecam di media sosial kerana ramai yang menganggap kadar parkir yang dikenakan adalah terlalu tinggi.

Kecaman bertambah apabila netizen mendapati pusat beli-belah itu turut mengenakan kadar parkir yang tinggi pada hari biasa, berbanding beberapa pusat beli-belah lain, hotel dan hospital di sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari biasa, kadar parkir bagi sejam pertama di Exchange TRX dicaj sebanyak RM5. Bagi setiap jam yang seterusnya akan dikenakan caj tambahan RM4 dan jumlah keseluruhan bagi dua jam adalah RM9.

Selepas jam 5 petang, kadar rata sebanyak RM10 dikenakan, dengan had harian maksimum ditetapkan pada RM30.

Kadar parkir di Exchange TRX pada hujung minggu pula adalah sedikit lebih berpatutan, dengan jam pertama kadar parkir RM3 dan setiap jam seterusnya juga ditetapkan pada RM3.

Kadar parkir di pusat beli-belah lain

Jika dibandingkan dengan pusat beli-belah lain yang telah lama bertapak di Kuala Lumpur seperti Pavilion, hanya RM3 dikenakan untuk sejam pertama dan RM3 untuk jam seterusnya pada hari biasa dan hujung minggu.

Pusat beli-belah Starhill Gallery juga menawarkan kadar parkir yang lebih berpatutan sebanyak RM5 untuk tiga jam pertama pada hari biasa, dengan jam seterusnya berharga RM3. Pada hujung minggu, kadar parkir adalah RM10 untuk lapan jam pertama.

Bahkan Le Meridien, sebuah hotel mewah, menawarkan pelbagai kadar, termasuk RM5 sekali masuk untuk tetamu, RM10 untuk pengunjung yang menghadiri acara dan RM10 untuk tiga jam pertama dengan RM11 untuk jam-jam seterusnya untuk pelanggan yang datang makan.

Kadar parkir di hospital lebih berpatutan

Kadar parkir yang tinggi di Exchange TRX menjadi lebih jelas apabila dibandingkan dengan kadar parkir hospital Prince Court yang mengenakan RM6 untuk dua jam pertama dan RM3 untuk jam tambahan.

Hospital Gleneagles pula mengenakan RM3 untuk jam pertama dan RM2 untuk jam seterusnya, mengehadkan kos pada RM16 untuk tempoh antara jam 7 pagi dan 7 malam.

Perbezaan kadar parkir yang ketara itu mencetuskan gelombang ketidakpuasan orang awam. Ada netizen menyatakan rasa tidak puas hati mereka di pelbagai platform media sosial.

Namun, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa, kos parkir di Exchange TRX menjadikannya lebih ekonomik dan oran gramai akan memilih menggunakan pengangkutan awam semasa melawat pusat beli-belah tersebut.

Tidak diketahui sama ada pihak pengurusan Exchange TRX akan mempertimbangkan semula kadar parkir mereka selepas ramai orang awam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di media sosial.

Sumber: The Sun Daily

The post Kadar parkir tinggi di Exchange TRX cetuskan pelbagai reaksi di media sosial appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar