-->

‘Duit gaji saya habis bayar loan Proton X70, Perodua Bezza’ – Pengadu tertekan alami masalah kewangan

Seorang wanita yang juga guru (Gred 41) meluahkan rasa tertekan dengan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.

Pengadu yang baru bekerja selama dua tahun memohon nasihat kewangan secara terbuka di media sosial kerana dia dan suaminya yang bekerja sebagai polis (konstabel) sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius.

Difahamkan, pasangan ini menanggung hutang yang banyak. Gaji mereka kebanyakannya digunakan untuk membayar hutang dan hanya tinggal baki yang sedikit untuk makan minum keluarga.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak dan dua buah kereta – Proton X70 dan Perodua Bezza. Setelah membayar pinjaman kereta dan rumah, gaji isteri hanya tinggal RM400, manakala suami hanya tinggal RM150.

“Duit gaji saya habis bayar loan. Suami pula dari dulu memang gaji dia kecil kerana potong macam-macam loan.

“Kami belum ada rumah lagi, tapi ada dua kereta iaitu Proton X70 dan Perodua Bezza. Bayangkan baki gaji saya tinggal RM400 dan suami pula tinggal RM150.

“Belum nak beli belanja dan keperluan tiga orang anak lagi. Duit gaji habis bayar loan saja.

“Macam mana nak atasi masalah semua ini? Saya tak ada tempat nak meluah, ahli keluarga pun orang-orang susah. Malu nak minta bantuan,” katanya dalam luahan itu.

Menurut pengadu, dia amat menyayangi suaminya yang sangat bertanggungjawab dan rapat dengan anak-anak. Apa yang anak mahukan, semuanya suami turuti.

Sumber: Afyan Mat Rawi

The post ‘Duit gaji saya habis bayar loan Proton X70, Perodua Bezza’ – Pengadu tertekan alami masalah kewangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar