-->

‘Saya sedia bertemu dengan Fazura’ – Neelofa mahu berdamai, hentikan konflik hubungan dingin 13 tahun

Selebriti dan juga usahawan terkenal, Noor Neelofa dalam satu kenyataan menyatakan dia sedia berdamai dengan aktress terkenal, Fazura berikutan sudah penat melalui konflik hubungan dingin antara mereka.

Neelofa turut menyifatkan sudah tiba waktu mereka meletakkan titik nokhtah pada hubungan dingin yang berpanjangan yang berlaku kira-kira 13 tahun lalu.

“Saya rasa kita kena letak titik noktah pada benda ini yang perlu dihentikan kerana sudah terlalu lama peminat masing-masing sering berbalah.

“Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama,” katanya.

Menurut isteri kepada Haris Ismail itu, kedua mereka pun kini sudah berkeluarga dan mempunyai anak serta masing-masing boleh teruskan hidup.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini (berdamai), saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan.

“Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami,” katanya.

Apabila ditanya sama ada dia terbuka untuk bersemuka dengan Fazura, bekas pengacara MeleTop itu berkata, dia tidak menolak untuk bertemu empat mata dengan pelakon berkenaan sekiranya diberikan peluang.

“I would love to meet her (Saya senang bertemu dengannya)”, katanya.

Difahamkan konflik kedua-dua selebriti wanita terkenal tanah air ini dikatakan mula tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.

Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mengaitkannya membuka tudung dan berhibur di kelab malam di Indonesia.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Saya sedia bertemu dengan Fazura’ – Neelofa mahu berdamai, hentikan konflik hubungan dingin 13 tahun appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar