-->

‘Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor’ – Selepas dakwa Melayu Malas, ahli perniagaan mohon ampun kepada TMJ

Wanita berasal dari Kemboja yang mengeluarkan kenyataan mendakwa bangsa Melayu pemalas semalam tampil dengan video baru memohon keampunan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Dalam video berdurasi satu minit itu, wanita itu juga berterima kasih kepada TMJ dan bangga menjadi rakyat negeri Johor Darul Takzim.

“Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuanku.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Paik terlalu sedih, terima kasih tuanku. Patik bangga dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi, tuanku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Sebelum ini, Mariyah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bangsa Melayu pemalas berbanding dirinya yang merupakan bangsa Kemboja, dalam video yang dimuat naiknya di media sosial.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan netizen dan juga Persatuan Melayu Champa Johor yang membidas ahli perniagaan berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengesahkan telah menerima 14 laporan yang dibuat terhadap wanita terbabit.

Sumber: TikTok

The post ‘Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor’ – Selepas dakwa Melayu Malas, ahli perniagaan mohon ampun kepada TMJ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar