-->

Orang Kemboja berhijrah kerana tidak tahan dengan regim komunis yang ganas 1975-1979

Baru-baru ini seorang ahli perniagaan wanita berasal dari Kemboja mengeluarkan kenyataan mengenai bangsa Melayu sebagai pemalas. Berbanding bangsa Kemboja yang rajin.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan orang ramai, sehingga 17 laporan polis telah dibuat. Susulan daripada laporan itu, polis kini telah membuka kertas siasatan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan untuk mengapikan sesuatu kaum.

Dalam masa yang sama mungkin ada yang tidak tahu bagaimana rakyat Kemboja boleh berhijrah ke Malaysia dan mencari rezeki di negara ini dan mengapa tidak menetap di negaranya sendiri?

Mengapa orang Kemboja berhijrah?

Orang Kemboja telah berhijrah ke negara lain kerana pelbagai sebab. Salah satu faktor utama adalah regim komunis paling ganas, Khmer Rouge, yang memerintah negara tersebut dari tahun 1975 hingga 1979.

Pada pertengahan hingga akhir abad ke-20, Kemboja berdepan dengan kekacauan politik dan konflik bersenjata, termasuk pemerintahan Khmer Rouge yang brutal dan Perang Vietnam.

Ramai orang Kemboja mencari perlindungan di negara-negara berdekatan, termasuk Malaysia, untuk melarikan diri daripada keganasan dan ketidakstabilan di negara mereka sendiri.

Regim Khmer Rouge

Khmer Rouge, dipimpin oleh Pol Pot yang berpendidikan Perancis, memenangi perang saudara yang berlarutan dari Mac 1970 hingga April 1975 dan kemudian memerintah negara tersebut dengan kekejaman yang luar biasa.

Mereka menghancurkan semua institusi utama di negara itu. Dianggarkan 1.7 juta orang dari jumlah keseluruhan populasi 7.9 juta orang, meninggal akibat dihukum mati, kelaparan, penyakit, cedera dan menjadi buruh paksa.

Pelarian

Pelarian datang dalam tiga gelombang: sebelum pengambilalihan Khmer Rouge, semasa keberadaan regim dan selepas regim digulingkan. Ramai daripada mereka yang mencari suaka di negara lain, termasuk Amerika Syarikat.

Kehidupan pasca-Khmer Rouge

Selepas Khmer Rouge digulingkan pada tahun 1979 oleh pasukan Republik Sosialis Vietnam, perang saudara kedua meletus di sepanjang sempadan Thai-Kamboja. Meskipun bertempur antara satu sama lain, ketiga kelompok tersebut menentang kerajaan Kemboja baru yang didukung dan dikendalikan oleh Vietnam.

Setelah regim itu digulingkan, mereka digantikan dengan Republik Rakyat Kemboja. Manakala, para pemimpin Khmer Rouge melarikan diri dan bersembunyi di wilayah terpencil.

Kemboja kemudian disatukan kembali dengan pemerintahan beraja pada tahun 1993 dan menyaksikan pembangunan ekonomi pesat yang dibina semula daripada sisa peperangan.

Walaupun Kemboja sudah mula stabil dan membangun, impak dan kesan daripada pemerintahan brutal Khmer Rouge masih lagi dirasai oleh rakyatnya sehingga kini.

Berhijrah ke negara Lain

Ramai orang Kamboja yang memilih untuk berhijrah ke negara lain mencari kehidupan yang lebih baik. Mereka berharap dapat mencari pekerjaan dengan pendapatan yang lebih menjamin dan kehidupan yang lebih aman di negara lain.

Alasan ekonomi juga antara faktor utama rakyat Kemboja melarikan diri. Malaysia dengan ekonominya yang lebih stabil dan pasaran kerja yang lebih dinamis dilihat menarik minat orang Kemboja untuk datang mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

The post Orang Kemboja berhijrah kerana tidak tahan dengan regim komunis yang ganas 1975-1979 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar