-->

Lelaki tikam leher isteri dengan gunting, bengang tak diberi wang untuk beli ayam goreng

Seorang tukang jahit didakwa membunuh isterinya di Prem Nagar Colony di Ghaziabad dengan menusuk lehernya dengan sepasang gunting setelah mangsa enggan memberinya wang tunai untuk membeli ayam goreng.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Siddharth Gautam berkata, suspek, Shahid Hussain, telah ditahan kerana didakwa membunuh isterinya, Noor Bano, 46.

Gautam berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan bertengkar pada malam Jumaat apabila Bano didakwa enggan memberikan Hussain wang untuk membeli ayam goreng dari pasar.

Namun, Bano keluar dan membeli ayam beberapa minit kemudian. Tetapi pertengkaran berterusan dan Hussain didakwa telah menusuk leher isterinya dengan sepasang gunting.

Mangsa segera dikejarkan keke hospital, Malangnya dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Tambah Gautam, keseluruhan kejadian itu berlaku di hadapan anak-anak pasangan berkenaan.

Polis telah menahan suspek beberapa jam selepas kematian isterinya.

Sumber: NDTV

The post Lelaki tikam leher isteri dengan gunting, bengang tak diberi wang untuk beli ayam goreng appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar