-->

‘Resit asal tak terangkan secara terperinci setiap hidangan, kami makan tak sampai 20 orang’ – Ekin bidas pendedahan owner kedai No.14

Susulan penjelasan yang telah dibuat oleh pemilik gerai makan di Johor Bahru mengenai dakwaan usahawan selebriti Ekin, ramai yang menganggap timbul salah faham mengenai jenis hidangan dan harga oleh kedua-dua pihak.

Namun begitu, Ekin menafikan dakwaan pemilik kedai tersebut yang menyatakan dia bersama 20 orang ahli keluarga ketika berkunjung ke sana. Sebaliknya, hanya 16 orang sahaja ketika itu.

“Kami makan tak sampai 20 orang, semuanya 16 orang termasuk bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepala,” katanya.

Niat baik nak bantu peniaga tapi..

Dakwa Ekin lagi, resit yang ditunjukkan oleh wanita itu di media sosial berbeza dengan resit yang diberikannya tempoh hari.

“Resit asal tidak ada pun menerangkan secara terperinci setiap hidangan yang kami makan. Jika dari awal lagi dia sudah jelaskan setiap perincian harga,mungkin tidak ada isu,” katanya.

Menurutnya lagi, dia sudah bertanyakan mengenai harga bagi setiap hidangan, namun diberitahu harga akan dikira selepas pesanan dibuat.

“Kami niat baik nak bantu peniaga kerana ketika itu kedainya tidak ramai orang berbanding tempat biasa kami pergi,” jelasnya.

Padam posting, tak nak perbesarkan isu

Ketika ini juga ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi apatah lagi apabila mendapati Ekin telah memadam hantaran di Instagram miliknya.

Namun, kata Ekin dia memadamkan perkongsian itu selepas ramai yang memberikan komen dan menghantar mesej berkongsi perkara sama berlaku di restoran berkenaan.

“Ramai yang sudah terkena, sebab itu saya padam sebab tak mahu isu besar sehingga nanti boleh jejaskan perniagaan di restoran tu.

“Bagi saya, apa yang telah dikongsi adalah hak sebagai pengguna. Restoran juga tidak letakkan tanda harga pada menu ketika kami makan di sana,”katanya.

Sumber: mStar Online

The post ‘Resit asal tak terangkan secara terperinci setiap hidangan, kami makan tak sampai 20 orang’ – Ekin bidas pendedahan owner kedai No.14 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar