-->

Penyanyi lelaki popular 90-an tak bayar sewa & bil elektrik, pemilik rumah tampil buat laporan polis

Seorang wanita tampil membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan bayaran sewa rumah yang tertunggak sehingga mencecah RM3,000, sejak Jun lalu.

Notis mengosongkan rumah telah diserah dan diterima oleh isteri kepada penyanyi itu. Namun tiada sebarang maklum balas diberikan dan mereka masih terus mendiami premis tersebut.

Selain daripada tunggakan sewa, bil elektrik juga mempunyai tunggakan sebanyak RM6,770.

Difahamkan, pengadu ada bertemu dan berbincang dengan penyewa terbabit melalui panggilan telefon dan mengusir mereka keluar dari kediaman itu.

Dalam pada itu, beberapa jiran berdekatan turut mendakwa penyanyi berkenaan kerap berbuat bising dan merosakkan harta benda jiran. Ini termasuk tindakannya membela kucing yang banyak menimbulkan bau busuk yang kurang menyenangkan jiran berhampiran.

Sikapnya yang suka membuat sampah merata-rata membuatkan ramai jirannya tidak berpuas hati.

Kesal dengan apa yang berlaku, pemilik rumah sewa itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa. Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Penyanyi lelaki popular 90-an tak bayar sewa & bil elektrik, pemilik rumah tampil buat laporan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar