-->

Muhammad Daniel Haikal hilang selepas COD iPhone, last video call dia menangis & minta bantuan untuk diselamatkan

Seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan hilang selepas membuat urusan penjualan telefon dengan pelanggan yang tidak dikenalinya.

Menerusi hantaran di Instagram ibu saudaranya, Eyraswan berkata, Muhammad Daniel Haikal tidak pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu.

Berdasarkan rekod log aktiviti, kali terakhir Muhammad Daniel dikesan berada di Pulau Pinang.

“Anak buah saya, Danial, sudah hilang sejak beberapa hari lalu selepas pergi COD iPhone dengan customer yang tidak dikenali.

“Dia sempat video call dengan tunangnya dan meminta tolong untuk diselamatkan. Dalam masa sama dia menangis dan berlari untuk mencari jalan keluar daripada tempat tersebut (tidak dinyatakan).

“Tetapi video call terputus sebab bateri telefon habis. Dia tak sempat beritahu di mana lokasinya,” katanya.

Ekoran kehilangannya itu, pihak keluarga telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Eyraswan turut meminta orang ramai menyebarkan berita kehilangan anak saudaranya itu agar Muhammad Daniel dapat ditemui segera.

Sementara itu, ibu mangsa berharap anaknya segera kembali ke pangkuan keluarga.

“Semoga Allah permudahkan urusan anakku, Muhammad Daniel Haikal. Semua tempat mama cari abang, tak jumpa. Semoga abang cepat balik.

“Ya Allah ya Tuhan, lindungilah anakku. Jauhkanlah dia dari benda-benda yang tak baik.” katanya.

The post Muhammad Daniel Haikal hilang selepas COD iPhone, last video call dia menangis & minta bantuan untuk diselamatkan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar