-->

‘Macam mana nak meniaga, tahun lepas naik RM120/carton, tahun ni terus RM165’ – Peniaga kecewa harga susu pekat naik mendadak

Belum reda isu mengenai kenaikan harga beras dan barangan keperluan lain, seorang peniaga pula meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan harga susu pekat di pasaran.

Menurutnya, harga susu pekat jenama Gold Coin teh tarik itu naik dengan mendadak dan jauh berbeza dengan harga semasa dua tahun lepas.

Peniaga tersebut menyatakan semasa memulakan perniagaannya dua tahun lepas, dia membeli susu tersebut dengan harga RM94 per karton.

Namun, dia mendapati harga tersebut semakin meningkat kepada RM120 pada tahun lepas. Lagi mengejutkan apabila baru-baru ini dia mendapati, harga tersebut terus naik kepada RM165.

“Awal meniaga, RM94/carton, tahun lepas naik RM120, tahun ni terus naik RM165. Nak meniaga macam mana ni,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, ramai yang menyokong peniaga itu dengan menyatakan banyak barangan keperluan mengalami peningkatan harga sehingga membebankan peniaga-peniaga.

Namun, dalam pada masa sama beberapa pihak menyatakan susu pekat berjenama tersebut merupakan antara jenama yang terbaik di dalam pasaran. Secara tidak langsung juga, sekiranya peningkatan harga itu berlaku, itu adalah perkara biasa.

Sementara itu, netizen juga memetik pihak berwajib supaya memantau dengan lebih kerap mengenai isu kenaikan harga barang di pasaran.

Sumber: Zaki Hafifi

The post ‘Macam mana nak meniaga, tahun lepas naik RM120/carton, tahun ni terus RM165’ – Peniaga kecewa harga susu pekat naik mendadak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar