-->

Lelaki rakam ibu mertua mandi, cabul adik ipar kerana ketagihan menonton ‘filem dewasa’ semenjak isterinya hamil

Seorang lelaki berusia 26 tahun di Bengkulu, Indonesia, ditahan polis selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mertua dan adik iparnya.

Suspek dipercayai berbuat demikian kerana ketagihan menonton filem dewasa.

Lapor media Indonesia, suspek pada Sabtu, 7 Oktober 2023, merakam video ibu mertuanya sedang mandi. Perbuatan suspek itu terbongkar selepas ibu mertuanya ternampak telefon bimbit yang sedang merakam dirinya dari luar bilik mandi.

Mangsa terus menjerit dan apabila keluar dari bilik mandi, suspek telah beredar dari lokasi kejadian. Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada suaminya.

Cerita wanita itu membuatkan anak perempuannya yang berusia 9 tahun menangis dan mengaku dia pernah dicabul oleh suspek sebanyak dua kali pada Julai dan Ogos lalu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek.

Suspek mengaku dia selalu menonton filem dewasa dari Jepun dan mengakui ketagih menonton video menjijikkan itu sejak isterinya hamil.

Suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Detik, Suara Sumsel

The post Lelaki rakam ibu mertua mandi, cabul adik ipar kerana ketagihan menonton ‘filem dewasa’ semenjak isterinya hamil appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar