-->

‘Kau play victim’ – Bekas adik ipar pertahankan Shila Amzah, dakwa Shafiq culas bagi nafkah anak

Satu persatu perkara didedahkan mengenai kemelut yang berlaku di dalam keluarga penyanyi terkenal, Shila Amzah sehingga menyebabkan netizen menyarankan agar keluarga ini membuat satu whatsapp group untuk berbincang dan meluahkan perkara yang terpendam.

Shila bagaimanapun sebelum ini pernah menyatakan dia seolah tidak menggemari tindakan adik beradiknya yang berkongsi isu keluarga di media sosial. Namun, mungkin seolah sudah mencapai had kesabaran, dia juga bertindak membalas balik dakwaan ke atasnya.

Tuduhan ke atasnya juga bukan sahaja ditangkis oleh suaminya, Ubai, malahan bekas adik ipar Shila yang juga merupakan bekas isteri kepada Shafiq Amzah turut mendedahkan sisi lain anak kedua ND Lala ini.

Bekas isterinya, Anis menganggap segala yang berlaku adalah kifarah di atas perbuatan silam Shafiq. Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah portal, Anis menegaskan dia bukan menyebelahi mana-mana pihak namun apa yang diperkatakan oleh Shila kerana sudah sampai pada kemuncak kesabarannya.

Anis juga mendakwa Shafiq juga culas dalam menyediakan nafkah untuk anak mereka.

“Dia ada bagi duit nafkah, tetapi banyak kali culas. Kalau saya senyap, dia pun hilang. Sudah tujuh tahun berpisah ceritanya sama sahaja.

“Dia juga ada meminjam duit rakan kononnya nak beri nafkah anak, tapi saya tak pernah terima pun duit tu,” katanya.

Anis juga menyatakan tindakan Shafiq membangkitkan isu Shila menjual rumah dilihat bertujuan untuk menyatakan dirinya seolah mangsa keadaan dan dia turut mendakwa Shila pernah menjadi mangsa keganasan fizikal adiknya sendiri selain menjual barangan rumah untuk mendapatkan duit.

“Orang tak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim. Dia pernah jual gitar dan piano di rumah sebab nak dapatkan duit,” katanya.

Sumber: mstar

The post ‘Kau play victim’ – Bekas adik ipar pertahankan Shila Amzah, dakwa Shafiq culas bagi nafkah anak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar